CANDA DI PANTAI, ANAK KETAM 'MASUK' TELINGA
Published byPERNAH tak anda terfikir ada makhluk asing ‘menceroboh’ ke dalam telinga? Pasti menghuru-harakan keadaan. Itu yang berlaku kepada seorang lelaki dari Dubai apabila berdepan pengalaman menakutkan selepas menerima ‘tetamu tidak diundang’ baru-baru ini. : KitaReporter.Com
SEEKOR anak ketam yang berjaya dikeluarkan daripada telinga seorang lelaki selepas merasakan tidak selesa ketika bersantai di sebuah pantai di Abu Dhabi, baru-baru ini. - Foto Khaleej Times
Memetik Khaleej Times, lelaki berkenaan yang bercuti bersama beberapa rakan sedang berjemur sebuah pantai di Abu Dhabi, sebelum didatangi seekor anak ketam dan ‘menceroboh’ telinganya.
Kira-kira sejam kemudian, lelaki berkenaan merasakan tidak selesa dengan bendasing dalam telinga dan cuba mencari punca.
“Ketika itu
saya berada di pantai ketika tiba-tiba saya rasa sesuatu memasuki telinga saya.
Saya tak tahu apa, tapi keadaan tersebut merimaskan saya,”katanya.
Dia kemudian
memasukkan putik kapas ke dalam telinganya dan berasa seperti ada pergerakan.
LELAKI terpaksa melalui prosedur endoskopi bagi mengeluarkan anak ketam dari telinga selepas cuping telinga membengkak. - Gambar hiasan
Keadaan
berkenaan membuatkan lelaki berusia 38 tahun itu semakin panik lalu bergegas bertemu
doktor untuk menjalani pemeriksaan.
Melalui
prosedur endoskopi, akhirnya doktor menemukan seekor anak ketam sesat di dalam telinga setelah lubang telinga lelaki itu membengkak.
Lebih mengejutkan anak ketam yang berjaya dikeluarkan dari telinganya masih hidup.
“Tak pernah
fikir rupanya ia seekor ketam,” tambah lelaki itu.
Sementara itu, Pakar Otorinolaringologi, Dr. Prabir Paul dari pusat perubatan Burjeel MHPC Abu Dhabi berkata, risiko untuk bendasing masuk ke dalam badan melalui telinga, hidung atau mulut sentiasa ada ketika bersantai di pantai kerana binatang berkenaan sentiasa bergerak.
Dalam masa
sama, Dr. Paul turut memesan supaya tidak cuba mengeluarkan sebarang bendasing bersendirian
kerana berisiko keadaan menjadi lebih teruk.
“Cubaan
mengeluarkan bendasing mungkin boleh menyebabkan pelbagai komplikasi seperti
pendarahan atau kerosakan organ,” ujarnya. : KitaReporter.Com
LELAKI berkenaan tidak menyangka aktiviti bersantai di pantai membawa padah selepas menerima' tetamu tidak diundang' yang menceroboh ke telinga. - Gambar hiasan