YAHOO!! GAJI DITERIMA SISWAZAH MENINGKAT
Published byFAKTA paling penting yang diambil kira oleh orang muda masa kini jika mahu menerima pekerjaan ialah gaji atau upah. Berita baik untuk mereka!! Gaji bulanan yang diterima oleh siswazah pada 2018 didapati naik RM386 berbanding pada 2017. : KitaReporters.com
KETUA Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin menunjukkan dokumen Statistik Siswazah 2018.
Menurut survei Data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), gaji dan upah bulanan diterima oleh siswazah pada 2018 bagi yang bekerja sepenuh masa adalah sebanyak RM3,936 (RM3,550 pada 2017) dan katogeri mahir menerima RM4,684, manakala katogeri separa mahir ialah RM2,139.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, pada suku pertama 2019, negara merekodkan seramai 516,600 penganggur dan pada masa sama, seramai 238,286 penganggur termasuk 174,327 siswazah, mendaftar sebagai pencari kerja aktif dengan JobsMalaysia di bawah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung.
DOSM pada 2018 turut menunjukkan 4.96 juta siswazah atau 20.3 peratus daripada penduduk dalam usia bekerja di negara ini adalah terdiri dari golongan siswazah.
Survei itu turut menunjukkan, kadar pengangguran dalam kalangan siswazah bagi 2018 menurun kepada 3.9 peratus berbanding 4.0 peratus pada tahun sebelumnya.
Selanjutnya laporan DOSM mendedahkan, bilangan siswazah yang bekerja meningkat kepada 3.99 juta berbanding 3.69 juta pada 2017.
KETUA Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin (dua dari kiri) menghadiri pelancaran Statistik Siswazah 2018 di Putrajaya pada 13 Disember 2019.
Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata jumlah tersebut sekali gus menyaksikan peningkatan seramai 300,000 siswazah mendapat pekerjaan di negara ini bagi tempoh tersebut.
Mohd Uzir berkata, bilangan siswazah bekerja perempuan lebih tinggi berbanding lelaki pada 2018 yang merekodkan peratus sumbangan 50.4 peratus atau 2.01 juta orang.
Menurut beliau lagi, dari sudut kumpulan umur, sebahagian besar siswazah dalam kohort umur lebih muda bekerja adalah 34 tahun ke bawah yang didominasi oleh golongan perempuan.
"Siswazah bekerja dalam kohort umur lebih tua iaitu 35 tahun didominasi oleh golongan lelaki berumur 35 hingga 44 tahun meliputi 51.8 peratus, manakala yang berumur 45 tahun dan lebih mewakili 58.9 peratus.
"Stastik baharu dikeluarkan itu berpandukan kepada konsep dan definisi International Labour Organization dan International Standard Classification of Education 2011, katanya ketika melancarkan Stastik Siswazah 2018 di pejabatanya di Putrajaya pada Jumaat (13/12/2019) lalu,.
Dari segi pengangguran pada 2018 mengikut negeri, Sabah merekodkan kadar tertinggi iaitu 8.6 peratus, diikuti Terengganu (7.3 peratus) dan Perlis (6.8 peratus), sementara sembilan negeri merekodkan kadar pengangguran di bawah kadar 4.0 peratus.
Kadar terendah direkodkan adalah di Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu 0.9 peratus.
Mohd Uzir berkata, sebahagian besar siswazah yang berkelayakan bekerja dalam katogeri mahir dengan sumbangan 73.8 peratus atau 2.9 juta orang, manakala katogeri separa mahir sebanyak 25.0 peratus dengan merekodkan 988.2 ribu orang pada 2018.
Menurut beliau, mengikuti taburan siswazah bekerja mengikut aktiviti ekonomi, lebih dari dua pertiga (79.9 peratus) tertumpu di sektor perkhidmatan.
Katanya, kadar pengangguran siswazah pada 2018 adalah rendah sedikit iaitu 3.9 peratus berbanding 4.0 peratus pada 2017 berjumlah 162.2 ribu orang.
"Lebih 70 peratus siswazah menganggur terdiri dari yang aktif mencari pekerjaan dan bersedia untuk dipanggil bekerja dan 79.7 peratus siswazah menganggur kurang dari enam bulan dan setahun, manakala bilangan yang menganggur lebih setahun terdiri dari 8.4 peratus.
"Sebanyak 16.4 peratus atau 811.8 ribu siswazah berada di luar tenaga buruh, manakala sebanyak 34.5 peratus bekerja di rumah atau tanggungjawab bersama keluarga.
"Dengan dasar baharu kerajaaan melalui Revolusi Industri 4.0 turut menggalakkan dan memberi peluang kepada siswazah bagi mendapat pekerjaan." - KitaReporters.com
KETUA Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin (dua dari kanan) menunjukkan dokumen Statistik Siswazah 2018