LAGU 7 NASIHAT PATUHI KAWALAN OLEH TOK TI
Published bySejumlah rakyat masih berdegil dan enggan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mula dikuat kuasa mulai Rabu, 18 Mac 2020. Golongan yang tidak sayang nyawa sendiri dan orang lain ini masih bergerak bebas ke seluruh negara. Mereka nampaknya merasakan PKP sebagai cuti untuk berhibur dan ramai memberi alasan tidak faham erti PKP itu. : KitaReporters
Ketidakfahaman sejumlah masyarakat ini mendorong selebriti tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin mengemukakan nasihat secara bersahaja.
Dia menukar sebahagian lirik lagu 7 Nasihat nyanyian bersama Kmy Kmo dan Luca Sickta bagi menyeru orang ramai mematuhi larangan yang dikena kerajaan bagi tempoh dua minggu ini.
Antara lirik 7 Nasihat yang ditukar ialah; “Nasihat jangan tak dihirau, duduk rumah janganlah merayau, corona virus haruslah dirisau, duduk rumah janganlah melilau,”
Dia sendiri kini menghabiskan masa di rumah bersama anak dan suami.
“Segala-galanya bermula di rumah. Dan kita harus menjaga rumah kita.
“Jadi, jangan lupa seluruh rakyat Malaysia berdisiplin tau. Janganlah keluar rumah. Janganlah melilau,” katanya dalam video berdurasi 1 minit 41 saat itu.
“Assalamualaikum, saya seperti anda juga berada di rumah bagi pengawalan pergerakan.
“Saya percaya seluruh rakyat Malaysia mampu melakukan.
'Buatlah apa yang terbaik dan apa yang diminta kerajaan kita demi mengelak orang tersayang dan diri anda daripada terjebak dengan virus COVID-19 ini.
“Saya percaya anda semua boleh lakukan,” katanya dalam video yang disiar dalam IG-nya @CTDK dan Twitternya @CTNurhaliza11.
Terdahulu, Siti Nurhaliza turut memuat naik foto memegang sekeping kertas berserta mesej dalam laman Twitter dengan kapsyen:
“Pengawalan Pergerakan. Duduk Di Rumah. Stay At Home. Tolong jangan sebarkan lagi virus ini. #dudukrumah #stayathome,” tulisnya.
Siti Nuhaliza turut menggunakan tajuk single terbaharunya ‘7 Nasihat’ – sebagai memberikan panduan kepada pengikut dalam laman sosialnya.
Berlatarkan gambarnya dan rapper Kmy Kmo dan Luca Sikt, Siti Nuhaliza menyarankan orang ramai supaya berada di rumah dan menjauhkan diri daripada berinteraksi secara sosial.
Selain itu, dia turut menasihati agar orang ramai tidak membuat pembelian panik, selain melakukan aktiviti sihat seperti bersenam.