JAGA HATI JAGA LIDAH.. JAGA LIDAH JAGA HATI
Published byASSALAMUALAIKUM dan selamat sejahtera. Kongsi minda, bersih jiwa. : KitaReporters.com
Renungan.
Lidah tidak bertulang
Jaga hati, sempurnalah lidah
Berkata benar, jangan tabur fitnah
Jaga lidah jaga hati.
Supaya kata-kata yang keluar dari mulut yang sejuk hati bila didengar.
Jika tidak, dijaga jangan terkejut kalau hidup dibenci orang.
Sebaik-baik manusia adalah mereka yang menjaga lidah dan kata-kata, supaya orang tidak tersinggung.
Lidah memang tidak bertulang.
Kita lupa kata-kata ini.
Sebagai orang yang berakhlak kita harus memelihara percakapan tanpa menggunakan perkataan kurang sopan.
Menjaga hati sama pentingnya dengan menjaga lidah.
Sebab jika seseorang itu hatinya baik, kata kata yang keluar dari mulutnya juga pasti yang baik.
Lidah mencerminkan kebersihan hati seseorang.
Dalam kehidupan seharian, kita dinilai dari apa yang kita cakap karena apa yang keluar dari mulut kita, menunjukkan apa yang ada di dalam hati kita.
Begitu juga dengan kejujuran bukan terletak di mulut tetapi di hati.
Kita juga perlu ingat, setiap kata yang keluar dari mulut kita itu adalah doa, walau hanya gurauan. Jadi, bercakaplah sesuatu yang positif.
Orang yang mendengar pun sejuk hati.
Tuhan itu juga Maha Mendengar dan Maha Melihat.
Kadang-kadang dengan kata-kata, kita dapat meyakinkan orang, namun kerana kata-kata juga kita boleh menyakitkan orang.
Hebatnya kuasa kata-kata yang mengangkat darjat manusia menjadi mulia jika adab dipelihara. Allah pun suka. Ukhwah terpelihara.
Ingatlah.
Lidah lebih tajam dari mata pedang!
Jangan jadi orang yang dibenci kerana tidak menjaga lidah.
Bercakap yang baik-baik dan perlu sahaja.
Guna akal semasa berkata, bersopan santun dalam bertindak dan jaga hati orang dan hati kita juga
Kita perlu menjaga lidah dan berkata benar bukan menabur fitnah.
Dalam pergaulan seharian, kata-kata boleh merosakkan manusia secara perlahan dan tidak kita sedari, jika kita tidak menjaga lidah kita.
Mengawal emosi dan menjaga lidah antara sikap yang dipuji.
Oleh itu jangan abaikannya, karena rasa sakit yang berasal dari kata-kata pedih belum tentu akan sembuh dengan kata maaf.
❤️🌹 Lidah memang tidak bertulang tapi ia boleh memutuskan perhubungan. Hati-hati! ❤️🌹