ADIK-ADIK BACA NI!! TIP PILIH UNIVERSITI, KURSUS

Published by
KitaReporters
KARNIVAL Jom Masuk IPT sudah bermula. Untuk adik-adik lepasan SPM/ STPM/Diploma, anda diwajibkan untuk pergi ke karnival ini. : KitaReporters.com 

Jadual Jom Masuk IPT 2020


Di sini, banyak maklumat yang perlu anda ambil tahu untuk melanjutkan pelajar ke universiti. Dari sini, anda boleh menyemak syarat-syarat kemasukan setiap Universiti Awam (UA).

Saya akan berkongsi tip untuk anda yang sedang menunggu keputusan dan merancang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.

Apabila menghadiri karnival pendidikan, pastikan anda tidak membuang risalah-risalah yang diambil dan yang diberikan. 

Rata-rata hasil pemerhatian, ramai yang akan buang risalah-risalah kemasukan ke universiti dan tidak dijadikan rujukan, yang simpan hanya beg kertas.

Ni nak pulak keputusan pula bakal diumumkan, jadi cepat ambil peluang!!!

Maklumat UPU


1. Pastikan semua risalah setiap universiti diambil.

Ini adalah kerana anda boleh melihat dan menyemak syarat-syarat kemasukan setiap Universiti Awam (UA). Kemudian buat perbandingan, ini kerana setiap U mempunyai syarat berbeza untuk setiap kursus.

Dari situ anda boleh tetapkan satu matlamat, iaitu universiti mana yang hendak anda masuk. 

Sebagai contoh mungkin boleh semak keputusan percubaan sementara menunggu keputusan yang sebenar. Dari situ kalian boleh melihat kecenderungan universiti dan kursus yang berkaitan.

Tetapi ingat! Keputusan percubaan adalah untuk membuat perbandingan dan hanya keputusan sebenar digunakan untuk permohonan ke universiti.

2. Jangan lihat hanya sebuah universiti sahaja.

Ya! Kalian sudah pun mempunyai universiti pilihan untuk melanjutkan pelajaran. Tetapi dengan risalah yang diambil kalian boleh buat perbandingan (bergantung kepada keputusan).

Sebagai contoh, kalian minat mahu melanjutkan pelajaran di UIAM, akan tetapi keputusan yang diterima tidak memuaskan.

Jadi apa yang perlu dibuat cari universiti yang menawarkan kursus yang diminati. 

Lebih penting kalian perlu memilih universiti mengikut kursus yang diminati dan boleh bawa sampai ke penghujung pengajian.

Akan tetapi kalau hanya dengan memilih universiti tersebut semata-mata dan tidak boleh mengikuti kursus tersebut, kalian yang akan teruk nanti.

Laluan ke IPT untuk lepasan SPM dan STPM


3. Buat penilaian. Buat keputusan.

Seandainya meminati bidang kejuruteraan sebagai pilihan. Anda boleh membuat penilaian dan pemerhatian melalui risalah-risalah yang diambil. 

Sebagai contoh, universiti yang menawarkan bidang kejuruteraan adalah UIAM, UTM, UteM, UiTM, UM, UPM dan beberapa lagi universiti.

Semasa membuat penilaian, perhatikan pula syarat kemasukan setiap universiti tersebut. Perlu diingati kebanyakan syarat yang tertera pada risalah adalah syarat minimum.

Setelah penilaian dibuat, kalian perlu membuat senarai pendek rujukan untuk pastikan syarat masuk dan syarat setiap kursus agar anda layak memohon. Jika tidak sistem akan tolak permohonan anda.

4. Nak juga masuk universiti tersebut.

Boleh dan tak salah. 

Apabila memohon satu universiti itu sahaja. Semua kursus yang dipilih hanya di universiti itu sahaja. Apa yang penting keputusan perlu melepasi semua syarat minimum.

Sebagai contoh anda amat minat untuk masuk UiTM, kemudian semua keputusan peperiksaan A1 (sains tulen). 

Ya kalian boleh pilih semua kursus akan tetapi biarlah yang berkaitan dengan syarat masuk dan kursus, jangan main sapu sahaja semua kursus. Bukan setakat kursus sains, malah kursus sastera juga dipohon.

Ingat, itu adalah satu kesalahan.

Pelajar lepasan SPM (sains tulen) perlu memilih kursus berasaskan sains. Pelajar sastera pula perlu memilih kursus sastera (bergantung pada syarat kursus).

5. Jangan sapu kursus orang lain.

Kalian perlu ingat setiap universiti memiliki syarat kemasukan berbeza mengikut kursus. Ada kursus yang dibuka untuk sastera sahaja dan ada kursus untuk sains sahaja dan ada kursus untuk sains dan sastera.

Pastikan kursus yang dipilih berkaitan dengan jurusan yang diambil ketika SPM/ STPM. 

Sebagai contoh kelas sains tidak boleh memohon kursus sastera. Walaupun keputusan bagus tapi tidak boleh sapu kursus orang lain.

6. Tak kisah masuk universiti mana, janji dapat kursus yang disukai.

Yang ini amat setuju. Tidak kisah masuk mana-mana universiti yang penting dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati.

7. Anak ke mak ayah nak masuk U?

Benar, sebagai mak ayah kita nak yang terbaik untuk anak-anak. Jika anak tidak minat bidang kejuruteraan, mak ayah paksa anak untuk jadi jurutera, ia akan membuatkan anak-anak belajar dalam keterpaksaan.

Perbicangan mak ayah dan anak adalah penting dalam hal ni, sebagai mak ayah kita perlu lihat kecenderungan anak dan biar mereka rasa selesa. 

Sebab yang nak masuk U, pergi kelas, duduki peperiksaan adalah anak-anak. Jadi dalam hal ni kena ada give and take.

8. Buat pilihan tepat dalam UPU Online.

Ini penting. Jangan isi borang UPU ikut sedap. Nanti rugi dan menyesal.

Setelah semua syarat kemasukan, keputusan peperiksaan, dan kursus serta universiti telah diteliti, difahami, dan dipilih, dengan itu tibalah masa untuk mengisi borang UPU Online.

Jangan pilih ikut suka sahaja, ini kerana proses pemilihan kemasukan ini dibuat oleh sistem UPU Online.

Buat pilihan dengan betul, jangan sampai menyesal apabila keputusan kemasukan universiti sudah keluar.

Ingat, berpuluh-puluh ribu orang nak melanjutkan pelajaran ke universiti, sama seperti anda.

Saya harapkan perkongsian ini dapat dimanfaatkan dan dijadikan panduan.

Pastikan anda membuat pilihan dan keputusan yang tepat. 

Semoga berjaya. Semoga Allah permudahkan urusan kita. - KitaReporters.com

13
1
1
0
3

Copy Link: