WOW!! MIKROFON BTS DILELONG PADA RM253,000

Published by
KitaReporters
BTS merupakan salah sebuah kumpulan K-Pop yang paling berjaya di Korea Selatan dan menyebar ke sejumlah negara di Asia termasuk Malaysia, dan Amerika Syarikat. : KitaReporters.com

BTS bukan hanya popular di Korea, malah di sejumlah negara Asia, Eropah dan Amerika Syarikat. - Foto Koreaboo

Disebabkan popularitinya, BTS menjadi salah satu artis yang akan memberi persembahan dalam Grammy  Awards di Los Angeles, Amerika Syarikat pada Ahad, 25 Januari 2020 (Isnin, 26 Januari 2020 waktu Malaysia).

Sempena Grammy Week, diadakan juga majlis lelong barangan sejumlah artis termasuk BTS.

BTS melelong barangan mereka yang merupakan mikrofon yang diguna setiap anggota pada harga AS$83,200 (kira-kira RM253,000) dengan ditandatangani oleh setiap anggota. 

Lelongan dibuka sejak Disember lalu.

Majlis lelong telah berlangsung pada pada Jumaat, 24 Januari 2020 untuk tujuan amal.

Satu set mikrofon yang dilelong untuk tujuan amal dengan ditandatangan oleh semua anggota. - Foto Koreaboo


Menurut  Koreaboo, harga lelong Disember lalu hanya AS$5,000. 

Nilainya meningkat AS$50,000 seminggu sebelum ditutup. Lelongan mikrofon itu mencapai  harga tertinggi pada hari lelongan dilakukan.

Dana tersebut diserahkan kepada badan amal MusiCares dari Recording Academy, Amerika Syarikat. 

Pertubuhan  ini telah memberikan AS$60 juta untuk bantuan kewangan, kesihatan, dan rehabilitasi kepada pekerja industri muzik yang berkeperluan.

Menurut syarikat lelong, Julien’s Auctions, mikrofon tersebut memiliki sejarah panjang bagi kumpulan didikan Big Hit Entertainment itu.

Mikrofon ini digunakan BTS pada tahun 2017 hingga 2019, khususnya ketika konsert mereka bertajuk Love Yourself: Speak Yourself di Citi Field, New York pada 6 Oktober 2018.

BTS dalam 2019 menjadi kumpulan pertama selepas the Beatles yang berjaya memperoleh tiga  No. 1 dalam setahun pada carta Billboard 200.

Menurut Julien Auctions, lelongan amal dilakukan oleh lima anggota BTS sebagai ucapan terima kasih atas kejayaan besar mereka sejak 2013 sehingga berjaya menjelajah dunia.

BTS adalah singkatan nama bagi Bangtan Boys yang ditubuh di Seoul, Korea Selatan pada 2010 dan album pertama muncul dan meledak dalam tahun 2013. - KitaReporters.com

0
0
0
0
0

Copy Link: