ALAMAK! BAYI DISAH POSITIF PULA SELEPAS 30 JAM
Published by
SEBELUM ini ‘kehadirannya’ negatif tanpa sebarang jangkitan dan bebas sepenuhnya, namun selepas 30 jam berlalu lain pula yang berlaku kepada si kecil. Bayi seberat 3.05 kilogram yang dilahirkan 30 Januari 2020 itu kini disahkan positif koronavirus pula oleh sekumpulan doKtor. : KitaReporters.com
PASUKAN perubatan yang bertungkus lumus menyambut kehadiran bayi di sebuah hospital di Harbin, 30 Januari 2020. - Kredit foto Chinadaily.com.
Kesian betul si kecil yang tidak bersalah itu. Mungkin juga
disebabkan pertahanan badan belum cukup kuat!
Sebelum ini,
pasukan doktor yang menyambut kehadiran bayi berkenaan mendedahkan keputusan
ujian sebanyak dua kali ke atas bayi terbabit mendapati dia negatif jangkitan 2019 Novel Koronavirus atau 2019-nCoV tersebut.
Kini lain
pula jadinya apabila si kecil tidak bersalah itu disahkan positif jangkitan.
Agensi
berita rasmi Xinhua berkata, mungkin kes "penyebaran menegak", merujuk kepada jangkitan yang
disebarkan dari ibu kepada anak semasa kehamilan, bersalin atau serta merta
selepas itu.
BAYI yang baharu dilahirkan diletakkan di bilik pengasingan dalam tempoh tertentu bagi mengelak wabak merebak. - Kredit foto Reuters.
Sementara itu, memetik laporan Gulfnews.com, bayi itu
adalah yang termuda dicatatkan dijangkiti virus Wuhan itu, yang telah mengakibatkan
kematian hampir 500 orang sejak dikesan pada lewat Disember 2019.
Pegawai perubatan kanan di bahagian neonatal, Zeng Lingkong berkata, kes
berkenaan memberi petanda bahawa virus berkenaan boleh tersebar melalui
‘laluan’ lain.
Keadaan yang
berlaku di Wuhan itu secara tidak langsung menimbulkan kebimbangan pasukan
perubatan terhadap jangkitan yang mungkin berlaku ketika dalam kandungan.
Kini, Hospital
Kanak-kanak Wuhan telah menyediakan ruang khas untuk merawat wanita hamil yang
mempunyai simptom jangkitan.
PASUKAN perubatan yang terlibat dalam prosedur pembedahan diletakkan di bilik pengasingan terlebih dahulu bagi mengelak virus koronavirus merebak. - Kredit foto Chinadaily.com.
Terdahulu,
seorang ibu muda dari Harbin yang hamil 38 mingu ‘dipaksa’ bersalin melalui
kaedah pembedahan kepadanya bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk.
Memetik
laporan Chinadaily.com, selepas kelahiran, ibu dan bayi dikuarantin selama tiga
hari bagi memastikan dua beranak itu selamat dan stabil.
Semoga ada
keajaiban berlaku selepas ini dan bayi kembali pulih. - KitaReporter.com