KONGSI MINDA BERSIH JIWA: MEMAAFKAN LEBIH MULIA

Published by
KitaReporters
Assalamualaikum dan selamat pagi. Kongsi minda bersih jiwa

Renungan

Memaafkan lebih muliaJangan bermusuh

Rezeki Jangan ditolak, musuh jangan dicari.

Positif hadapi keadaan. Jaga silaturrahim.Jika terasa hati dengan seseorangJangan sesekali meninggalkannya begitu saja.Hormat silaturrahim. Bertenang dan istigfar.

Janganlah terlalu marah dan janganlah menganggap mereka yang menjadi punca kita terasa hati sebagai musuh.Bersabar dan kawal emosi.Mereka juga manusia biasa. Tidak lepas daripada membuat kesilapan.

Memang susah untuk memaafkan orang yang telah menyakiti kita tetapi mereka pun ada kelemahan. Sama seperti kita.Usah layan perasaan marah dan geram yang membakar hati.Walau kecewa, jangan putuskan hubungan.Sebaliknya maafkan mereka dengan iringan doa hubungan akan kekal hingga ke akhirnya.

IngatlahIni hari dia hari kita belum tahu. Doa kita tidak seperti itu.Elok lupakan semua dan teruskan hidup dan muhasabah diri.Cermin diri dan fikir kebaikan bukan berdendam.

Begitu juga jika bertemu dengan seorang insan yang membawa kebaikan dalam diri kita. Bersyukurlah, sayangi mereka.Hargai mereka yang Allah kirim untuk menegur kita.

Jangan bandingkan mereka dengan yang lain.Usah terlalu mengejar kesempurnaan kerana kita tidak akan dapat. Ia hak Allah.

Hak kita? Perlu dikongsi sesama manusia termasuk silaturrahim.

🌹❤️ Awasi kata kata, Jangan hanya manis di hujung lidah sedang di tekak terasa pahit ❤️🌹

1
0
0
0
0

Copy Link: