ACARA MARATON KELILING DUA KATIL 6,450 KALI??

Published by
KitaReporters
PERINTAH berkurung yang dikuatkuasakan kerajaan China tidak menghalang, rakyat di republik berkenaan meneruskan aktiviti bersukan. Bak kata pepatah hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih… : KitaReporters.com

PAN SHANCU memuat naik video diri sedang bersukan dan berjaya menyelesaikan 6,450 pusingan larian walaupun di dalam rumahnya sendiri. - Foto South  China Morning Post.


Itu yang berlaku kepada golongan muda yang mementing kesihatan dan sanggup melakukan maraton  walaupun di dalam kediaman sendiri.

Malah mereka mencari inisiatif sendiri dengan melakukan senaman dan aktiviti di dalam rumah.

Bagi ahli terapi kesihatan terkenal China, Pan Shancu dari Hangzhou, dia menggunakan idea kreatif sendiri dengan melakukan aktiviti larian di dalam rumahnya sendiri.

Tindakan berkenaan sebagai tanda akur dengan arahan kerajaan demi keselamatan diri berikutan wabak koronavirus yang melanda negara tersebut.

Kredit foto media South China Morning Post.


Malah, memetik laporan South China Morning Post, individu berusia 36 tahun itu berjaya melakukan larian sebanyak 6,450 pusingan dengan mengelilingi dua buah katil di sekitar ruang tamu di rumahnya. 

“Saya tidak boleh berada di luar rumah kerana perintah berukurung, jadi saya ambil inisiatif dengan cara melakukan aktiviti di dalam rumah sahaja,” katanya.

Dia kemudian yang kemudian memuat naik video ke laman Weibo ketika sedang melakukan aktiviti berkenaan.

Katanya lagi, bagi menghabiskan 6,450 pusingan tersebut dia memperuntukan masa selama lima jam.

Pendedahan dirinya yang melakukan aktiviti di rumah membuatkan lebih ramai individu lain mengikut jejaknya kerana tidak mahu berehat dan membuang masa begitu sahaja di rumah.

Malah, tindakan tersebut disaksikan 26,000 netizen yang masing-masing memuji tindakan kreatif yang dilakukan tersebut. - KitaReporter.com

 

 

4
11
0
13
0

Copy Link: