BUAT julung kalinya kempen SIMPLYSITI Di Hati 2019 berjaya mencipta rekod dengan perolehan dana lebih RM150,000. : Kitareporters.com

Siti Nurhaliza bersama suami, Khalid Mohd Jiwa dan KC. Hoe (kiri) bergambar bersama kanak-kanak pesakit jantung serta keluarga masing-masing di majlis SIMPLYSITI Di Hati di Magica @Quill City Mall, Kuala Lumpur pada 7 Februari 2020.


Antara penyumbang terbesar diterima daripada syarikat konglomerat, CUCKOO International yang menghulurkan sumbangan  bernilai RM100,000, di mana secara keseluruhannya tahun ini, SIMPLYSITI Di Hati 2019 berjaya mengumpul kutipan dana tertinggi sehingga RM171,145.

Ini sekali gus merupakan detik bersejarah buat SIMPLYSITI yang bakal menyambut ulang tahun yang ke-10 pada Mac 2020.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2011, kempen tersebut telah berjaya mengumpul dana melebihi RM200,000 yang telah digunakan untuk membiayai kos pembedahan 14 orang kanak-kanak pesakit jantung kurang berkemampuan sehingga tahun 2018.

Dan untuk tahun ini, dana yang telah dikumpul digunakan untuk membiayai kos pembedahan jantung lima kanak-kanak pesakit jantung iaitu Siah Wan Ying, Nurul Syamimi Ahmad Paridon, Auni Insyirah Muhammad Firdaus Hilmi, Nur Auni Mardhiyah Ahmad Hanafi dan Mugilan A/L Ramesh Rao. 

Kelima-lima kanak-kanak pesakit jantung tersebut telah pun selamat menjalani pemeriksaan dan pembedahan.

Selain sumbangan yang diterima daripada pihak swasta dan masyarakat umum, pelanggan produk SIMPLYSITI dan CREACION tidak ketinggalan menyokong misi berkenaan melalui kempen ‘membeli sambil menderma’ di mana dengan setiap pembelian minimum RM120 ke atas mana-mana produk SIMPLYSITI termasuk BeauSiti, sebanyak RM5 disalurkan ke Tabung Yayasan Institut Jantung Negara.

“Ini merupakan pengalaman yang indah buat saya sendiri apabila sempat turun padang membuat promosi bersama pelanggan  untuk menyojong misi SIMPLYSITI. 

"Ia juga merupakan satu kepuasan bagi saya kerana para pelanggan juga turut menceritakan pengalaman dan perubahan yang dialami mereka setelah menggunakan produk SIMPLYSITI. 

“Nampaknya ramai rakyat Malaysia yang bermurah hati untuk turut sama-sama menjayakan kempen ini. Saya berharap pengguna semua akan terus menyokong SIMPLYSITI di masa hadapan,” ujar Dato Seri Siti Nurhaliza Tarudin selaku Presiden SIMPLYSITI dalam ucapannya pada majlis penyerahan replika cek bernilai RM171,145 kepada Raja Datin Seri Zuraida Raja Mansur, Pengerusi Jawakankuasa  Sosial & Kebajikan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan IJN yang berlangsung di Magica@Quill City Mall, Kuala Lumpur pada Jumaat, 7 Februari 2020.


Turut bersama meraikan majlis, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International, KC Hoe serta suami tercinta Siti, Dato’ Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Lebih istimtewa lagi, para tetamu yang hadir antaranya terdiri daripada teman-teman dari SIMPLYSITI Indonesia, telah dihiburkan oleh Siti atau lebih popular disapa Tok Ti dengan nyanyian beberapa buah lagu termasuk lagu ‘Sama Sama' yang merupakan lagu tema bagi kempen CUCUKOO International tahun ini.

Malah sebagai penutup acara, Tok Ti tidak ketinggalan memilih untuk menyanyikan lagu “Terang” iaitu single terbaharunya yang telah dipilih menjadi lagu tema kempen SIMPLYSITI Di Hati.

Siti menjemput salah seorang daripada peminat SIMPLYSITI dari Indonesia, Syamkus untuk bernyanyi bersamanya.


“Lagu ‘Terang’ adalah hadiah daripaad saya untuk membakar lagi semangat kanak-kanak pesakit jantung agar mereka sembuh semula dan seterusnya membantu mereka untuk meneruskan kehidupan yang ceria seperti kanak-kanak yang lain,” harapan Siti.

Kempen SIMPLYSITI Di Hati bukan sahaja berjaya mengumpul dana tetapi turut memberi kegembiraan kepada kanak-kanak terbabit waima pada pertengahan Januari 2020, mereka telah mengikuti acara ‘Fun Day Out’ bersama Tok Ti di Skytropolis Indoor Theme Park,

Kanak-kanak yang kurang bernasib baik itu bersama lima belas orang pengguna SIMPLYSITI bertuah telah beriadah bersama beliau di kota atas awan, Resorts World Genting itu yang telah mendapat sokongan dan tajaan penuh dari Genting Malaysia Berhad sebagai penaja utama.

Untuk rekod, SIMPLYSITI diasaskan pada tahun 2010 di bawah aspirasi Dato Seri Siti Nurhaliza yang ingin berkongsi tentang ilmu dan rahsia kecantikannya dengan semua golongan wanita tanpa mengira sempadan. 

Terkini, SIMPLYSITI telah pun berkembang ke 200 outlet di seluruh negara, terutama di Watsons dan AEON, serta butik-butik CREACION & SIMPLYSITI iaitu butik milik Tok Ti. 

Bahkan SIMPLYSITI juga boleh didapati di laman web rasmi www.simplysiti.com.my dan  boleh juga didapati di Shopee.  - KitaReporters.com


Bergambar kenangan bersama team SIMPLYSITI dari Indonesia (atas) dan kakitangan CUCKOO International yang merupakan penaja utama SIMPLYSITI Di Hati.

6
0
0
0
0

Copy Link: