BRO GANTUNG POSTER CARI JODOH TEMUI JODOH

Published by
KitaReporters

PERSOALAN tentang jodoh sering dianggap sebagai sensitif. Ada saja soalan ‘cepu emas’ itu jika individu itu tidak belum bertemu jodoh. Walaupun hakikatnya jodoh itu rahsia Allah… : KitaReporters.com

AZIRO tidak tahan dengan soalan 'cepu emas' yang sering ditanya membuatkan dia berani dengan cara berbeza untuk mencari jodoh. - Kredit foto Malay Mail


Mungkin terkesan dengan pelbagai soalan-soalan cepu emas itu membuatkan seorang lelaki dari Terengganu tampil dengan kelainan mencari pasangan hidupnya.

Lelaki yang dikenali sebagai Nooraziro Abdullah, 35, yang juga seorang tukang rumah berani mengiklankan dirinya selepas tidak tahan dengan persoalan orang sekeliling mengenai masa depannya setiap kali berjumpa di tempat keraian atau majlis tertentu.

“Pelbagai usaha saya lakukan untuk mencari jodoh termasuk adik membantu dengan memaparkan keinginan saya itu dalam sosial media, namun gagal.

“Bagaimanapun, naluri hati saya dapat merasakan jalan ini (gantung poster) mungkin membuahkan hasil.

“Saya terfikir, dalam ramai-ramai penduduk Kampung Kuala Dungun dan pengguna jalan raya, tak kan seorang pun tidak sangkut untuk dijadikan isteri,” katanya yang dipetik Harian Metro.

Dia kemudian menempah poster yang tertera gambar sendiri dengan menyatakan hasrat di hati untuk mencari jodoh.

Kreatif sungguh orang Terengganu ini… lain daripada yang lain. Anda beran?

Iklan berkenaan kemudian digantung di tepi jalan pada awal tahun ini sehingga menjadi tular.

Lebih menariknya, tindakannya itu berhasil selepas dia mendapat reaksi pelbagai daripada netizen dan tidak kurang juga daripada gadis dan wanita bujang di luar sana.

Bagaimanapun, poster berkenaan terpaksa diturunkan oleh Majlis Perbandaran Dungun dengan alasan tidak mendapat permit dan kebenaran.

Namun anak kelahiran Marang, Terengganu itu mengakui, masih menerima panggilan daripada orang ramai tentang perkara itu.

POSTER yang ditempah Aziro dalam usaha mempromosikan dirinya sendiri bagi mencari jodoh. - Kredit foto The Vocket.


Tukang rumah itu memaklumkan, dia bukan saja menerima panggilan dari Terengganu sahaja tetapi ada yang menghubunginya datang dari Johor, Selangor dan Sarawak dan paling mengejutkannya, ada yang berasal dari Indonesia cuba menghubunginya.

Kini, selepas hampir sebulan, Aziro memaklumkan dia berjaya menjumpai calon isteri yang diidamkan.

Alhamdulillah… akhirnya usahanya berhasil jua.. Tahniah bro!

Kongsi Aziro calon isterinya itu juga berasal dari Kuala Terengganu dan bekerja sebagai seorang kerani di bandar raya itu.

Semoga berbahagia selalu dan kekal sehingga ke jannah! - KitaReporter.Com

 

 

2
18
0
3
1

Copy Link: