COVID-19: SAYA SIHAT DAN SELAMAT - JACKIE CHAN
Published bySEJAK seminggu lalu, heboh khabar angin mengatakan bintang filem aksi terkenal Jackie Chan, 65, dijangkiti virus penyakit Koronavirus-2019 atau Covid-19. Khabar angin ini membuat orang ramai terutama peminat selebriti terkenal ini dlanda keresahan. : KitaReporters
Tidak lama kemudian, pihak berkuasa Hong Kong mengesahkan seramai 59 anggota polis terkena jangkitan Covid-19 daripada majlis berkenaan.
Akhirnya Jackie Chan membuat kenyataan mengenai situasi sebenarnya.
Kemunculan Jackie Chan dalam majlis ini menimbulkan khabar angin dia antara yang dikuarantin di Hong Kong. - Kredit Foto: Today Online
Melalui laman Instagram peribadinya (https://www.instagram.com/jackiechan/), Jackie Chan memberitahu bahawa dirinya sihat dan selamat.
Jackie berkata, dirinya berada dalam keadaan baik dan sihat.
"Terima kasih atas kebimbangan semua! Saya baik-baik dan sihat sahaja," katanya dalam Instagramnya.
Bintang aksi ini juga menafikan dirinya dikuarantin seperti dilapor beberapa media online sebelum ini.
"Jangan bimbang, saya tidak dikuarantin. Saya harap semua anda jaga diri dan berada dalam keadaan baik," kata Jackie lagi dalam Instagramnya itu.
Sebelum ini, Jackie menyatakan akan memberi hadiah wang tunai bernilai sejuta Yuan atau kira-kira RM600,000 kepada pihak yang berjaya membuat penawar bagi mengekang penularan Covid-19. - KitaReporters