MALU DA!! MASYARAKAT KITA MASIH PENGOTOR
Published bySIKAP pengotor masyarakat yang suka membuang sampah sarap merata tempat terutama di kawasan menjadi tumpuan seperti pusat pelancongan masih berleluasa kerana tidak ada rasa tanggungjawab dan kurang cakna terhadap kebersihan alam sekitar. : KitaReporters.com
Peserta XPDC Hijau bersama sampah yang dikutip di pusat peranginan Bukit Keluang, Besut pada 22 Februari 2020.
Maka, usaha memberi kesedaran dan membuang tabiat buruk dalam menjaga kebersihan khususnya di tempat awam perlu disemai kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira had umur dan status diri.
Institut Kemahiran Mara (IKM) Besut mengambil tanggungjawab sosial mendidik pelajar institusi berkenaan dalam menjaga kebersihan dengan menganjurkan program XPDC Hijau berkolobrasi dengan sukarelawan Geng Supit Hitam membersih kawasan pelancongan di daerah Besut pada Sabtu, 22 Februari 2020.
Seramai 78 pelajar termasuk 10 guru pengiring menyertai program membersih pusat peranginan Bukit Keluang, dekat Jertih. Ia turut disokong 20 sukarelawan Geng Supit Hitam.
Pengerusi
Penganjur, Tuan Mohd Solahuddin Tuan Mat berkata, peserta dibahagikan kepada
beberapa kumpulan memgutip sampah sarap
di persisiran pantai hingga ke puncak Bukit Keluang.
Katanya,
program itu bertujuan meningkatkan jati diri pelajar selain menanam semangat
kerjasama dan cintakan kebersihan
Pelajar dan remaja dididik sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar
Beliau berkata, Pantai Bukit Keluang dan Puncak Bukit Keluang menjadi tumpuan ramai pengunjung terutama hujung minggu dan cuti umum menyebabkan kawasan itu banyak sampah dan sisa-sisa buangan yang ditinggalkan oleh orang ramai.
Tuan Mohd
berkata, sukarelawan Geng Supit Hitam sememangnya sering melakukan kerja-kerja
mengutip sampah yang ditinggalkan pengunjung, tetapi tidak berupaya untuk
menjaga kebersihan tempat itu kerana pengunjung tidak memberi kerjasama menjaga
kebersihan awam
Pantai Bukit Keluang, Besut sentiasa dikunjungi orang ramai
“Sepanjang tempoh program diadakan 70 plastik beg sampah berjaya dikutip oleh peserta,” katanya.
Beliau berharap, pengunjung yang berkunjung ke destinasi pelancongan Bukit Keluang memberi kerjasama menjaga kebersihan alam sekitar kerana tempat itu memang menarik dan menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negeri. - KitaReporters.com