BILA PI PERLIS DAN KEDAH, CARI JERAMI GULUNG

Published by
KitaReporters
"Anak ikan bukan semilang... Daun telepok daun keladi.... Dulang bukan sebarang dulang... Kedah Perlis jelapang padi". Begitulah keindahan pemandangan terdapat di utara tanah air seperti Kedah dan Perlis. : KitaReporters.com

'Jerami gulung’ sudah popular dan menjadi satu lagi produk dan tarikan pelancongan dalam dan luar negara khususnya di  Kedah dan Perlis. - Kredit foto: https://www.facebook.com/PendudukSungaiPetaniKedah/


Cuacanya panas dengan suhu maksimum mencecah 35 darjah Celsius; badan berpeluh membasahi baju dan celana. 

Petanda alam angin monsun timur laut sedang melanda. 

Musim panas di Perlis dan Kedah kebiasaannya bermula dari bulan November hingga berakhir penghujung Mac setiap tahun.

Pernahkah anda melihat longgokan jerami padi yang digulung menjadi bongkah besar berbentuk bulat, segi empat dan sebagainya?

Di Kedah atau Perlis berlaku fenomena mengenai ‘Jerami Gulung’ yang tular dalam media sosial  dan mendapat pula liputan akhbar dan siaran stesen televisyen. 

Bagi penduduk tempatan ia mungkin satu perkara biasa berbanding orang luar.

Kini, ‘jerami gulung’ sudah popular dan menjadi satu lagi produk dan tarikan pelancongan dalam dan luar negara khususnya di kedua-dua negeri sebelah utara itu.

Jerami Gulung yang kini pula mendapat perhatian setiap pengunjung tempatan serta pelancong luar negara yang berkunjung ke Perlis. - Kredit :Tangkap Layar RTM


Ini pula jerami gandum yang digulung oleh petani-petani di Texas, Amerika Syarikat. Ia kelihatan seakan-akan sama yang terdapat di Kedah dan Perlis.


Baru-baru ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) saluran satu dalam slot “Selamat Pagi Malaysia” telah menyiarkan rakaman gambar video mengenai “jerami gulung” yang cukup menarik ditonton orang ramai.

Sekali pandang, ia adalah seperti ratusan jerami gulung gandum seperti di Texas ,Amerika Syarikat.

Apa yang lebih menarik gulung jerami ini, dibentuk dengan pelbagai rupa dan gaya sehingga membuatkan orang ramai yang melihatnya pasti terpikat untuk mengambil foto kenangan atau bersua foto.

Tambahan pula, warna kuning keemasan jerami kali ini disebabkan cuaca panas telah menyerlahkan lagi kecantikannya dan cukup unik.

Lokasi pemandangan menarik ini terletak di Gua Sami, Kangar, Perlis mampu memukau pemandangan kepada setiap pengunjung tempatan dan luar untuk bergambar.

Pemandangan yang indah dan cantik serta unik membuatkan setiap pengunjung tidak jemu-jemu mengambil gambar dan video sebagai kenang-kenangan. Lokasi pengambaran ini terletak di Gua Sami, Kangar, Perlis. - Kredit tangkap layar RTM.  


Selain di Perlis, pemandangan ‘Jerami Gulung’ ini,boleh juga didapati di Kampung Kuala Dulang Kecil (KKDK) Yan Kedah. 

Perbezaannya di sini, ia berlatarbelakangkan Gunung Jerai, yang berdiri megah di belakang kampung tersebut. - KitaReporters.com

Para pengunjung mengambil kesempatan bergambar kenangan di atas "Jerami Gulung"di Kampung Kuala Dulang Kecil (KKDK) Yan Kedah. - Kredit foto: Sinar Harian


Kredit foto: https://www.facebook.com/jjcmkedah/


Kredit foto: https://www.facebook.com/PendudukSungaiPetaniKedah/


8
1
0
0
0

Copy Link: