"LETIH SESAK DADA MAK DAH, PUN BOLEH MATI"
Published byUSAHAWAN kosmetik terkenal, Rozita Ibrahim meluahkan rasa geram dan kesal terhadap tindakan anaknya, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman yang kebelakangan ini melakukan perkara sensasi yang membuat dirinya sebagai ibu berasa malu kerana menerima pandangan negatif daripada orang ramai dan netizen. : KitaReporters
Terbaharu Aliff melihatkan wajahnya berdarah kerana kecewa menerima kritikan orang ramai dan cadangan akan menghasilkan single terbaharu berjudul ‘Ingin Bahagia’ yang akan dilancar Jumaat, 13 Mac 2020 untuk dapat masuk dalam senarai Muzik-Muzik 2021.
Akibat tidak tahan melihat pelakuan Aliff, Rozita pada Rabu, 11 Mac 2020 mengeluarkan kenyataan kesalnya dalam laman Instragramnya @bondarozitaibrahim.
Kata-kata Rozita disiarkan sepenuhnya dengan gaya tulisannya dalam posting Instagram(https://www.instagram.com/bondarozitaibrahim/):
Geram dah x sabar
"Letih sesak dada Mak dah , xpayah tunggu Covid 19 pun boleh mati kalau x tahan sgt..sudahhh lah kri tak sanggup nak tengok org kutuk kri..!!.
"..tetiba naik lagu pulak @aliffsyukriterlajaklaris Sedap sgt ke ..?? Mak rela masuk utan dr tengok IG atau lagu ko kri "..Tak terhibur pun rela Mak panggil Jamal Abdillah atau hattan dr dengar suara ko.
"Yg menangis2 air mata darah..!! Apa hal pulak ..ni sehabis sopan Mak marah sampai Mak up dekat media sosial "..Maaf ya kri..tak sesudah perangai ko kan,,
"mak dah penat tengok komen org 'tak reti ajak anak''.Kalau kecik2 boleh aku piat, aku kurung ko syukri,, kalau dah besar panjang mcm ni ko yg kurung aku balik..!! Sbb ko kuat.
"Bukan mak x sayang dan bukan mak tak nasihat , berbuih mulut dah , sampai keluar air mata nanah pun Mak kri buat gak..
"Netizen tak kenal pun keluarga kita mcm mana..!! Sedap mereka cakap pasal kri , sbb kri yg mengundang..!! "tolong lah jaga maruah keluarga,, jangan lah buat perangai yg bukan2.. satu2 ..seronok ko je kan..!! Mcm2 kri buat bukan alasan Dileksia ke Akasia ke " Mak dn kami kena bahananya "
"Selama ni mak nasihatkan dekat mak panggil ko cakap bersemuka elok2 " kri jawab baik sgt , cakap sayang Mak dn ikut cakp Mak" lepas tu buat lagi “.
"kri sgt baik dgn Mak suka gurau , jaga Mak korban apa saja, tp jgn buat macam ni kat orang awam , umur dh 30an drpd kecik susah dgr cakap Mak , Dah tua makin menjadi2 ko kan..!!
"Tak pernah aku teringin pun nak up bebel ni nasihat ko secara terbuka.. kali ni mmg mak sgt2 marah sbb mak tak sanggup nk dgar lagi org komen negatif ttg kamu syukri..!!"
Rozita merupakan pengasas Sendayu Tinggi dan kini Jamu Ratu Malaya (JRM).
(Pautan kepada video https://www.instagram.com/p/B9leJhWJEw6/)
Aliff pernah bekerja dengan Rozita di Sendayu Tinggi sebelum kemudian membuka syarikat sendiri iaitu D’ Herbs Healthy dengan isterinya, Nur Shahida Mohd Rashid dengan jenama Terlajak Laris. - KitaReporters