[VIDEO] GAUN PENGANTIN BERHARGA RM62 JUTA!

Published by
KitaReporters
MENGGAYAKAN gaun perkahwinan yang cantik pada hari bahagia merupakan impian bagi semua wanita. Baru-baruini dalam pertunjukan fesyen di Kaherah, seorang pereka fesyen mempersembahkan gaunpengantin yang dipercayai paling mahal di dunia! : KitaReporter.com

PELAKON Mesir, Mai Omar menggayakan gaun perkahwinan rekaan Hany El-Behairy. - Foto kredit egypttoday.com)


Dalam majlis yang berlangsung 23 Disember 2019 lalu, pereka fesyen terkenal dari Mesir, Hany El-Behairy  tampil dengan sehelai gaun yang sangat menakjubkan sehingga membuatkan semua penonton terkesima!

Gaun pendek paras lutut yang dihiasi butiran berlian dan permata itu dihiasi dengan alunan kain meleret di bahagian belakang sepanjang dua meter.

Gauntersebut telah digayakan oleh pelakon jelita dari Mesir, Mai Omar dan harganya mencecah hampir RM62 juta!!!

Malah, iaturut dipadankan dengan veil menawan dengan corak bintang.

Kerja tanganitu bukanlah yang pertama oleh El- Behairy dalam penghasilan gaun eksklusifbertaraf dunia, sebaliknya tiga tahun lalu, beliau pernah menghasilkan rekaanyang sarat dengan berlian dianggarkan bernilai RM16.5 juta.

Hany El-Behairy  bersama salah satu rekaan gaun pengantin dalam pertunjukan fesyen di Kaherah pada 23 Disember lalu.


Selain gaunini, terdapat beberapa gaun pengantin lain yang pernah mendapat perhatiandari media seluruh dunia antaranya, gaun milik pewaris Swarovski iaitu VictoriaSwarovski yang bernilai RM4.13 juta.

Malah gaun selebritiHollywood, Kim Kardashian dan West juga turut mendapat perhatian rekaan Givenchy by Riccardo Tisci yang mencecah harga RM2.06 juta!

Terdahulu,pereka muda mencipta nama menerusi gaun pengantin  yang bernilaiRM49.53 juta, sekali gus menduduki carta pertama dalam senarai gaun termahal didunia! 

Jadi tidakmustahil hasil kerja tangan pemuda kacak itu sememang ‘top’ dan tidak perlu dipertikaikan lagi.

Jom kitasaksikan gambar-gambar menarik rekaan El-Behairy di Instagram/elbehairy.official. - KitaReporters.com


14
17
1
0
0

Copy Link: