DALAM tempoh dua bulan ni, tiga artis muda Korea Selatan membunuh diri. Terbaru adalah aktor Cha In-ha yang memilih jalan sama dengan dua temannya, Choi Jin-ri @ Sulli, 25, dan Goo Ha-ra, 28, seorang penyanyi yang dikaitkan dengan skandal seks dengan teman lelakinya. : KitaReporters.com 

(Dari kiri) Goo Ha-ra,  Cha In-ha @ Lee Jael-ho dan Choi Jin-ri @ Sulli. 


Agensi berita antarabangsa Reuters melaporkan Cha, 27, atau Lee Jael-ho ditemui mati di rumahnya. Dari seorang penyanyi kumpulan Suprise U dia muncul di layar filem pada 2017. 

Dia menarik diri untuk 'berehat sementara' atas alasan kemurungan dan tekanan akibat 'panic attack'. 

Sebelum mati, mendiang sempat menulis dalam Instagram menasihatkan peminat supaya 'jaga-jaga jangan terkena demam'. Tidak pula diketahui sama ada Cha menjadi mangsa buli siber atau serangan peribadi. 

Cha-In Ha...sugul akibat panic attack. - Gambar oleh South China Morning Post.


Mereka memilih untuk meninggalkan dunia seni dengan jalan 'mengasingkan diri' selama-lama sebagai cara mudah daripada terus terdedah dan berdepan dan menjawab kecaman masyarakat dan gosip liar. 

Membunuh diri turut mendedahkan sisi gelap dunia hiburan yang selama ini dtanggung oleh pelakon dan penyanyi K-pop, bahawa mereka kena dilihat sebagai manusia sempurna dan hidup gembira dan bahagia, selagaknya seperti ' bintang' di layar perak dan pentas persembahan. 

Kemurungan dan masalah kestabilan mental turut mendedahkan bahawa industri hiburan Korea memberi tekanan yang tidak terperi pada artis muda. 

Mereka menghabiskan 16 jam sehari untuk latihan tarian, nyanyian, kelas bahasa dan beraksi di kamera. 


Sulli... setahun berperang dibuli di alam siber. - Gambar BBC.com.


Kes bunuh diri di Korea Selatan 10 tertinggi di dunia, demikian dilaporkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia. 

Dan pada 2012, bunuh diri merupakan punca keempat kematian dalam kalangan warga Korea. 

Yang banyak bunuh diri adalah orang tua. Sebabnya kemiskinan kerana ibu bapa tidak mahu membebankan anak-anak.

Pakar Psikologi, Paik Jong Woo dari Pusat Pencegah Bunuh Diri Korea, berkata negara itu berdepan dengan krisis tersebut bila 26.6 per 100,000 penduduk memilih untuk menamatkan riwayat sendiri. 

Katanya, artis masih muda berdepan dengan risiko tinggi memilih bidang hiburan kerana upah yang rendah pada peringkat awalnya. 

Malah ada laporan menyebut artis muda ni menjadi sajian seks kepada bos-bos yang menyebabkan tekanan jiwa dan kesihatan mental. 

Goo Ha-ra (kiri) dan gambar grup kumpulan Kara (Goo dua dari kanan). - Gambar oleh Getty Image.


Sulli dan Goo kedua-duanya di kemuncak K-pop dan terkenal ke seluruh pelosok Asia dan dalam jarak enam minggu mereka menamatkan hidup. 

Sulli bunuh diri pada Oktober lalu selepas setahun 'bertahan' dengan serangan buli siber. 

Goo pula, sebaik menamatkan tournya ke Jepun dia ditemui mati dengan sekeping nota yang menggambarkan dirinya dalam keadaan 'pesimistik'.

Kematian mereka bersama dengan kes skandal seks yang berlarutan selama ini menggambarkan layanan industri terhadap wanita termasuk waktu latihan yang panjang menjejaskan kehidupan sosial dan peribadi. 

Macam Sulli, satu silap besar ialah menggambarkan dirinya sebagai penyokong feminis, sikap 'liar' berpeleseran pada pesta malam dan cara dia memanggil temannya dengan nama pertamanya menampakkan kelantangan sebagai seorang wanita. 

Mereka tidak boleh menyuarakan sengsara hidup di sebalik tabir yang penuh dengan skandal, tekanan jiwa dan kes bunuh diri itu sebab perintah taat dan patuh disiplin adalah kunci keberadaan lama di dunia hiburan Korea.

Sebelum ini, Lee Seung Hyun anggota Kumpulan K-pop Big Bang yang dikenali sebagai Seungri dihadapkan ke mahkamah kerana menyediakan pelacur kepada pelabur asing di kelab peribadinya. 

Malah promoter yang menguruskan Seungri dan beberapa artis K-pop yang lain terpaksa berhenti sebagai Ketua Produser selepas kes dadah dan skandal seks terbabit. 

Sejak sedekad lalu, industri itu semacam disumpah apabila seorang bintang popular, Jang Ja-yeon mati pada 2009 sambil meninggalkan tujuh helaian kertas yang mendakwa jadi mangsa penderaan seks oleh 'orang berkuasa'.

Budaya Korea masih tebal dengan kesopanan dan artis yang cuba menukar prinsip kerap menjadi bahan kutukan masyarakat negara itu dan pada masa yang sama, mereka disayangi di seluruh dunia. 

Akhirnya emosi mereka keliru dan sensitif. 

Tu belum lagi mereka terpaksa bersaing mengukuhkan kedudukan, persaingan jantina merebut tempat dalam kalangan dunia dikuasai lelaki dan siber buli. 

Sulli (kiri ) dan dalam satu persembahan ketika bersama F(x) (Sulli kiri sekali). - Gambar Google/ WWW. Gstatic.com.


Semacam Sulli, dia menyokong dasar pengguguran bayi, minda terbuka sehingga dia kerap dikecam netizen kerana cuba menonjolkan sikap tak gemar memakai coli di publik. 

Malah dia pernah muncul secara live minum arak dengan berbaju tanpa bercoli. Ini mungkin sukar diterima masyarakat tua kerana artis dianggap ikon.

Sulli bekas ahli kumpulan f(x), mengakui mentalnya bermasalah dan kerap elakkan diri dari melalui lokasi penggambaran yang pernah dibuatnya kerana terasa masih ada kamera di merata tempat. 

Budaya idol K-pop bermula pada 1996 apabila kumpulan band lelaki H.O.T muncul sebagai satu kegilaan baru dalam kalangan remaja dan orang dewasa. 

Jadi setiap kali Sulli menyiarkan gambarnya dalam Instagram, ramai yang mencemuhnya dan kerap dikeji sebagai terdesak mengejar populariti. 

Goo Ha-ra pula berdepan dengan masalah peribadi, bila bekas kekasihnya Choi Jun-bum disabit bersalah menyerang dan mengugut artis itu untuk menyebarkan video seks mereka. Kekasihnya dihukum penjara 18 bulan.

Goo sebulan sebelum kematiannya pada 1 Disember 2019 sudah ditemui tak sedarkan diri di rumahnya. Dia mengaku kemurungan. - KitaReporters.com

2
0
1
0
0

Copy Link: