AYAH HERO KAMI SELEPAS IBU TINGGALKAN KAMI

Published by
KitaReporters
ASSALAMUALAIKUM dan selamat sejahtera. Kongsi minda, bersih jiwa. : KitaReporters.com


Renungan.

Menulis Dari Jiwa

Hero yang tidak didendang. Jangan tanya ibu di mana. Lepas ibu keluar rumah, bapa jaga kami

Kasihnya ibu membawa ke syurga. Kasihnya bapa sepanjang masa. Pengorbanan bapa tidak terhingga. Tunaikan amanah walau terseksa


Perkongsian hari ini:

Cerita dari hati Afiq, tentang pengorbanan bapanya, Amin membesarkan dia dan adik adiknya seramai tiga orang.

Bayangkan seorang lelaki menjaga empat orang anak setelah isteri beralih kasih kepada lelaki lain dan keluar dari rumah.

Menurut Afiq dia bangga ada bapa yang sangat hebat. Dia hero kami, kata Afiq memuji bapanya. 

Dia sangat penyayang, sanggup buat apa sahaja untuk kami.

Bangun awal pagi, sediakan bekalan, siapkan peralatan adik ke taska dan lain-lain. Hujung minggu kemas rumah, lipat kain baju, gosok pakaian.

Kadangkala saya menangis tengok ayah. Saya tahu dia penat. Dia letih. Tapi dia terpaksa buat demi kami.


Mengimbau masa silam, semasa ditinggalkan ibu. Afiq berusia 12 tahun dan adik adiknya 10, 8 dan 6 tahun. Ketika mereka sedang dahagakan kasih sayang ibu bapa, ibunya buat hal.

Bapa tak pernah merungut. Dia tenang dan sangat sabar orangnya. Mereka berpisah dengan baik. Bapa tidak berdendam dengan ibu.

Saya ingat lagi, ibu kata dia tidak akan tinggal lagi dengan kami dan suruh saya dan adik-adik duduk dengan bapa elok-elok.

Alhamdulillah, kami dijaga dengan baik melebihi masa ibu ada.

Makan, minum, urusan sekolah dan adik-adik berjalan lancar. Yang bongsu dihantar ke taska. Yang sekolah balik sekolah terus ke rumah jiran, transit sebelum bapa balik kerja. Begitulah rutin hidup kami.

Kalau bapa ke luar daerah, nenek dan maksu datang mengambil alih tugas bapa. Seboleh-bolehnya bapa mengelak dari meninggalkan kami.


Ibu?

Sampai hari ini tak dengar berita. Sudah 10 tahun kami tak jumpa ibu. Khabarnya dia sudah bahagia dengan keluarga baharunya.

Kata Afiq mereka tidak membenci ibu mereka tetapi kecewa dengan sikapnya yang tidak mencari mereka, tidakkah ibu rindu anak-anaknya?

Apapun dia tetap ibu, perlu disayangi dan dikasihi.

Bohonglah kalau kami tak rindu ibu. Harap satu hari ibu akan muncul, doa Afiq.

Buat bapa, terima kasih atas pengorbanan.


Iktibar dari kisah ini:

Amanah dan tanggungjawab itu sangat penting.

Tidak kira siapa, apa juga keadaan. Perceraian bukan bermakna boleh lepas tangan tentang anak-anak.

Hakikatnya kaum Adam juga berkorban untuk anak-anak setelah berlaku perceraian sama seperti wanita.

Cuma segelintir yang memberi masalah.

Ada juga yang bertanggungjawab dan menjadi bapa tunggal yang hebat.

Mereka hero yang tidak didendang.


Saya kagum dengan sikap dan pengorbanan Amin, bapa Afiq yang sangat mahal nilainya. Susah nak cara lelaki yang melupakan kepentingannya demi anak-anak.

Kebanyakan yang ada, cepat mencari pengganti.

  • Dalam hati ada taman... 
  • Dalam taman ada bunga... 
  • Biar lama tidak berteman... 
  • Kerana anak hati bangga...

  • Sejuk dingin air di telaga... 
  • Tempat mandi seberang titi... 
  • Kasih isteri sering diduga... 
  • Kasihkan anak bergalang ganti


❤️🌹 Kemanisan yang berselang dengan kepahitan mengajar kita erti syukur dan menghargai walaupun yang dihargai sudah pergi. ❤️🌹 - KitaReporters.com
1
2
0
0
0

Copy Link: