APA SALAHKU? APA DOSAKU? RAMAI YANG TAK MENYUKAI AKU
Published byASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi.
Kongsi minda bersih jiwa.
Renungan.
Adakala kita terfikir… apa salah aku?
Bila orang tak suka
Maknanya kita ada kelebihan.
Jangan emosi
Suka tak suka, kita tidak boleh halang.
Kita mungkin tidak pernah menyusahkan hidup sesiapa, tidak pernah menganggu hidup orang jauh sekali membenci atau menyakiti mereka.
Namun tiba-tiba ada khabar negatif yang bertiup tentang kita di belakang.
Sebagai manusia, kita tidak akan terlepas dari mempunyai kekurangan pada diri dan menjadi punca orang tak suka.
Mungkin cara kita bercakap, berjalan, bertindak menyebabkan ada sesetengah orang tidak suka.
Hendak tahu orang tak suka kita mudah sahaja.
Kita akan perasan bila mereka menjauhkan diri terutama apabila bertentang muka sehingga kita serba salah.
Sekarang lagi mudah... Sosial media main peranan untuk sulitkan keadaan. Jelas sekali siapa yang suka atau tidak mengggunakan platform ini untuk meluahkan perasaan tidak suka. Ini amalan yang perlu dihentikan.
Pengalaman mengajar kita memahami sikap manusia.
Berfikir dan renung sejenak. Apa salah kita, apa yang kita buat? Mungkin kita juga ada buat silap. Adakala, sikap orang adalah cermin kepada sikap kita.
Carilah kelemahan yang mungkin kita terlepas pandang dan perbetulkan. Bertenang dan jangan membalas.
Terus berbuat baik. Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang benar. Jika mereka tidak suka dan menyakitkan hati kita, itu dosa mereka. Kita tak rugi apa-apa.
Seperti yang saya maklum sebelum ini, jika ada kawan yang menyakitkan hati, abaikan sahaja. Positif dan doakan supaya mereka berubah.
Allah akan bantu permudahkan urusan hidup kita.
Ingatlah...
Jangan sedih bila kawan-kawan meninggalkan kita, asal kita tidak meninggalkan keluarga dan orang yang sayang kita dan tidak memutuskan tali silaturrahim.
Kebahagiaan terletak dalam hati.
Jangan resah andai ada yang tidak suka, kerana masih ramai yang sayang.
Dalam kehidupan memang kita tak boleh paksa orang suka kita.
Kadang-kadang apa yang kita fikir tidak seperti keadaan yang sebenarnya. Namun kita jangan terlalu emosi terhadap mereka yang tak suka kepada kita.
Orang yang tak suka kita biasanya selalu menghabiskan waktunya untuk mencari kesalahan dan kelemahan kita sebagai modal.Sebab mereka itu tak mampu menjadi seperti kita.
Apapun belajarlah memahami sikap manusia termasuk diri kita. Biar orang tak suka tapi Allah suka.
❤️🌹 Tak perlu risau jika orang tak suka, sebab kita tak ganggu hidup mereka, itu urusan mereka dengan Allah. ❤️🌹