TAHNIAH TASHA-ATIQ!! SEMOGA KEKAL KE JANNAH
Published byDETIK menuju ambang bahagia antara pelakon Tasha Shilla (Natasha Sheila Abdul Razak), 33, dan Muhammad Atiq Idris, 33, berlangsung pantas. Berkenalan dua bulan lalu, lalu bertunang pada Ahad 23 Februari, 2020 dan lima hari kemudian iaitu pagi Jumaat, 28 Februari 2020, mereka rasmi menjadi suami isteri. - KitaReporters.com
Masjid Wilayah Persekutuan menjadi mencatatkan suasana indah bagi pasangan ini.
Perkenalan bermula ketika kedua-duanya melakukan kerja amal di masjid itu, majlis pertunangan juga diadakan di sana dan majlis akad nikah juga diadakan di tempat yang sama.
Pelakon Tasha Shilla selamat bergelar isteri kepada Muhammad Atiq dalam satu majlis tertutup yang sederhana.
Dengan sekali lafaz, pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Abd Razak Razali disaksikan oleh Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan, Ehsan Mohd Hosni.
Ketika majlis pertunangan pada Ahad, 23 Februari 2020, Tasha menyatakan dia bersetuju menerima lamaran Atiq kerana merasakan jejaka itu adalah cinta sejati yang dicari selama ini.
Tasha Shilla akan menetap di Singapura mengikut suami yang bertugas di sana. - Kredit foto: Instagram Tashashilla