WHY BOTHER!! KES DENGAN DSV SELESAI - DIVA AA
Published byBELUM sampai 48 jam, tempoh terakhir yang diberikan, pengacara yang menggelarkan dirinya Diva AA atau pemilik nama Azwan Ali, membuat permohonan maaf kepada jutawan kosmetik, Dato' Seri Vida (DSV). : Kitareporters.com
Gambar dari video sidang media Azwan Ali dalam YouTube @DIVAAATERSOHOR
Azwan membuat permohonan maaf itu pada sidang akhbar tergempar yang dilangsungkan di sebuah hotel terkemuka di Putrajaya petang Selasa, 11 Februari 2020.
Selain itu, Diva AA ini turut mematuhi tuntutan Dato' Seri Vida (DSV) atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman untuk memadamkan semua video yang dimuat naik dalam laman sosial Twitternya.
Menurut laporan, Azwan berkata, "Bersaksikan peguam saya, Mohamed Fu'ad Zainal Abidin, dengan ini Diva AA memohon maaf secara terbuka."
Menurutnya, tindakan permohonan maaf itu bukan soal kalah menang, tetapi dibuat setelah mengkaji banyak perkara bersama peguamnya.
"Saya juga akan memadam semua status penghinaan terhadap DSV dan anaknya, Che B dalam Twitter," sambung Azwan.
Azwan memadam video yang dimuat naik di laman twiternya di hadapan wartawan. - Kredit foto Mstar
Beliau mengambil keputusan itu sehari selepas DSV memberikan tempoh 48 jam untuknya memohon maaf secara terbuka atau tindakan saman malu akan difailkan terhadapnya.
Tindakan undang-undang itu dibuat susulan daripada kata-kata cacian yang dilemparkan terhadap DSV dan anaknya, Che B atau nama penuhnya, Edlynn Zamilleen Muhammad Amin dalam laman twiter AA.
Pun begitu , Azwan, yang membuat permohonan maaf terbuka atas perbuatannya mencaci sambil membakar selendang serta dua botol parfum sambil menyentuh perihal kematian dua orang kanak-kanak yang mati rentung, mengakui bahawa dia tidak menyebut mana-mana pihak terbabit.
"Video yang saya muat naik tidak menyebut nama sesiapa, tapi saya hormati pendirian DSV yang kata dia tersentap dan tersinggung," ujar Azwan.
Begitu pengakhirannya bagi Diva AA yang mahu dunia melihat kes ini. Tetapi apa agaknya pandangan DSV selepas ini?
Memetik lagi kata-katanya kepada media, "Saya anggap isu ini sudah selesai, terpulanglah pada dunia nak melihat kes ini. Saya akan padam semua status dan video itu di hadapan wartawan hari ini."
Tentang pendapat AA yang mahu dunia menjadi saksi, bak kata Nabil Ahmad, "Lu fikirlah sendiri!"... - KitaReporters.com
Gambar dari video sidang media Azwan Ali dalam YouTube @DIVAAATERSOHOR
Azwan Ali (tengah) pada sidang akhbar tergempar yang diadakannya di sebuah hotel terkemuka di Putrajaya pada 11 Februari 2020. - Kredit foto Mstar.