HARUMANIS PERLIS VERSUS HARUMANIS BURMA?
Published bySetiap hari lebih satu tan mangga ini habis dijual dari beberapa lokasi di Changlon, Jitra dan Alor Star. Menurut seorang pembeli Roziana Saad harga mangga harumanis Burma (Myanmar) ini lebih murah jika dibandingkan dengan harga harumanis Perlis yang dijual dengan harga antara RM35 hingga RM45 bagi sekilogram ketika musimnya bermula. : KitaReporters.com
"Kemanisan harumanis dari Burma yang dibawa masuk dari Thailand ini besar, cantik dan manis pula," kata Roziana ketika ditemui.
Pembeli juga bebas untuk memilih buah yang dijual berbanding dengan harumanis dari Perlis yang telah dibungkus dan dimasukkan dalam kotak.
Harumanis Burma hanya dijual pada harga RM5 sekilogram.
Buah-buahan yang dijual itu juga banyak pilihan sama ada yang masak, kurang masak, kecil dan besar.
Dalam pada itu, ketika penulis mendapatkan pandangan daripada pembeli, ada yang menyatakan telah membeli lima hari berturut-turut kerana buahnya elok.
‘Saya juga membeli buah ini dan memberi kepada rakan-rakan di pejabat dan ahli keluarga sebagai cenderamata kerana buahnya manis dan elok juga jika dimakan dengan pulut,’ kata Mohamad Affandi Razak ketika ditemui di situ.
Walaupun musim panas dan kemarau yang melanda di negeri ini, namun dengan penjualan harga harumanis Burma sekilogram RM5 ini sekurang-kurangnya melegakan hati penduduk di negeri ini. - KitaReporters.com
Penduduk negeri Kedah berebut membeli mangga ‘Harumanis Burma’ yang dijual dengan harga RM5 sekilogram sahaja.