PEMBATALAN konsert ‘Map of the Soul: 7’ kerana virus Covid-19 mungkin mengecewakan sebahagian peminat  BTS di Korea Selatan. Namun bagi sebahagian lagi ARMY (sebutan bagi peminat  BTS), ini merupakan kesempatan emas untuk menderma. : KitaReporters

Konsert ‘Map of the Soul: 7’ kumpulan BTS dibatal kerana virus Covid-19. - Kredit foto: Instagram BTS

Kira-kira 5 jam setelah Big Hit Entertainment mengumumkan pembatalan konsert, ARMY mengadakan kempen derma untuk mangsa virus Covid-19.

Mereka menggunakan harga tiket konsert yang dibayar balik untuk menderma.

Setakat ini, ARMY sudah mengumpul derma sebanyak  KRW19.38 juta (RM68,000) dan jumlah tersebut dijangka terus meningkat.

Setakat Sabtu, 28 Februari 2020, media tempatan melaporkan, ada 453 penyumbang kepada Hope Bridge National Disaster Relief Association. 

Lembaga itu merupakan tempat di mana Suga, iaitu salah seorang anggota BTS, menyalurkan sumbangan peribadinya sebesar KRW100 juta (lebih RM351,000) untuk mangsa Covid-19 pada Jumaat, 27 Februari 2020.

BTS adalah salah satu kumpulan K-Pop paling terkenal di Korea dan seluruh dunia. - KitaReporters


Laporan dan statistik terkini mengenai wabak COVID-19 di https://kitareporters.com/coronavirus

6
4
59
1
4

Copy Link: