KONGSI MINDA BERSIH JIWA: LEBIH MEMBERI, KURANG BERJANJI
Published byASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi Jumaat yang barokah penghulu segala hari. Kongsi minda bersih jiwa.
Renungan
Lebihkan memberi
Lihat kekurangan diri
Jangan suka berjanji
Tingkah laku ibarat cermin di mana setiap orang mempamerkan imejnya sendiri. Cermin yang menceritakan segalanya.
Melihat kekurangan dan kelemahan supaya kita sedar diri.
Lihatlah juga di sekeliling dan teguhkan pendirian untuk mengharungi hidup dan usia kita dengan perkara bermanfaat.
Beramal dan berbuat kebaikan serta menjaga silaturrahim.
Dalam hidup, jangan banyak berjanji dan memberi alasan. Silap rentak makan diri. Dari suka jadi benci. Sudahnya sendiri yang rugi.
Hidup juga perlu saling membantu.
Jangan malu memberi sumbangan walau sedikit, kerana ia lebih baik daripada tidak memberi langsung. Yang penting niat berkongsi rezeki dengan orang lain.
Kita boleh hidup dengan sederhana, tapi selalu takut dikatakan orang hanya hidup sederhana.
Biar sederhana, asal tidak susahkan orang, tapi suka memberi, baharu murah rezeki.
Elak diri daripada suka berpecah belah.
Bersatu dan saling membantu. Ikut resam semut apabila bertemu seakan bersalam dan saling bekerjasama antara satu sama lain.
Tidak pentingkan diri.
Jiwa murni seseorang manusia terlahir dari terbitnya kebaikan dari dalam dirinya. Kebaikan hakiki bukan dipaksa.
Ingatlah...
Sehaluan tetapi tidak sejalan lebih baik daripada kata-kata dusta yang terpaksa di akhiri dengan kemaafan. Didik hati untuk bertolak ansur dan mengalah.
Begitu juga sesuatu yang dilakukan dengan ikhlas merupakan satu kemenangan di dalam diri kita dan menjadi memori indah yang manis untuk disingkap kembali.
Pada masa sama, menyedari kesalahan sendiri adalah lebih baik daripada menegur kesalahan yang dilakukan oleh orang lain.
🌹❤️ Ilmu pengetahuan seumpama perigi di padang pasir yang tidak pernah kering... cari dan gali selagi mahu dan airnya tetap ada 🌹❤️