KONGSI MINDA BERSIH JIWA: KENANG JASA, HARGAI INSAN

Published by
KitaReporters
Assalamualaikum dan selamat pagi. Kongsi minda bersih jiwa.

Gambar dari https://all-free-download.com/free-vectors/


Renungan.

Jadilah orang yang mengenang jasa

Buang sifat benci

Jika bukan kita yang mencintai hidup kita, siapa lagi?

Indahkan hidup dengan amalan dan sifat murni. Cuba fikir Kenapa kita hidup?

Kita ada tujuan dalam hidup.

Untuk bahagiakan ibu bapa, keluarga dan diri sendiri. Untuk menghargai mereka yang pernah berjasa kepada kita.

Kita lupa tentang amanah dan tanggungjawab, kasih sayang dan pengorbanan sedangkan itulah sebahagian dari hidup kita.

Hidup dengan tenang dan senantiasa berkorban untuk mereka yang diamanahkan kepada kita dengan ikhlas. Jangan sakiti mereka.

Pada masa sama, ajari hati untuk menjadi insan yang mengenang budi. Tidak lupa pertolongan orang, tidak jadi orang pelupa.

Ingatlah..

Budi baik orang perlu dikenang.

Buktikan yang kita mengenang jasa dan tidak lupa dengan orang yang pernah tertawa dan yang menangis bersama kita.

Biar tidak sebesar mana jasanya, tetap kena ingat. Kita ingat orang, mereka akan ingat kita. Sama-sama saling mendoakan, tegur menegur.

Buang sifat benci kerana ia merugikan diri sendiri. Karena hati bersih tanpa ada rasa benci pada orang lain akan sentiasa merasa damai dan tenang.

Ada masa di mana kita harus melihat ke bawah, supaya kita tidak lupa asal usul dan sedar diri serta tahu di mana kita berpijak.

❤️🌹Jadilah orang yang hebat bukan kerana kata katanya tetapi hebat dalam tindakannya. 🌹❤️ 

5
0
0
1
0

Copy Link: