DEMI ANAK!! BAPA RUGI RM20K DITIPU SCAMMER

Published by
KitaReporters

PELBAGAI amaran dan peringatan telah dibuat bagi memaklumkan orang ramai mengenai bahaya penipuan melalui telefon atau phone scam, namun ada juga yang kecundang. Kerana kasih, ada ayah yang tertipu!! : KitaReporter


Terkejut selepas dimaklumkan anak lelakinya ditahan polis kerana kesalahan dadah, seorang bapa kerugian kira-kira RM20,000 selepas dihubungi seorang yang mengaku pegawai polis dan bersedia ‘menyelesaikan’ kes tersebut di luar. 

Dalam kejadian tersebut, seorang lelaki warga emas yang juga seorang pekebun sanggup memasukkan sejumlah wang berkenaan kepada seorang yang tidak dikenali semata-mata menyelamatkan anaknya daripada dibawa ke lokap.

Bagaimanapun apabila mangsa menghubungi anaknya selepas bayaran dilakukan dan terkejut bahawa anaknya memberitahu tidak pernah ditahan polis atas sebarang kes termasuk dadah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, dalam kejadian tersebut, mangsa dari Cameron Highlands itu menerima panggilan daripada seorang lelaki kononnya pegawai polis dari Kuala Lumpur berhubung penahanan anak lelakinya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof .


Terdahulu, Mohd. Wazir berkata, mangsa diarah membayar RM100,000 bagi menyelesaikan kes itu sekiranya mahu anaknya itu dibebaskan, namun dia memberitahu hanya mampu membayar RM20,000 sahaja.

Bagaimanapun, tindakan tanpa usul periksa itu hanya sia-sia apabila warga emas berusia 74 tahun itu sebenarnya terpedaya dengan helah sindiket penipuan melalui telefon.

Menyedari dirinya ditipu, bapa berkenaan terus membuat laporan polis di balai Polis Brinchang untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

MANGSA diarah membayar RM100,000 bagi menyelesaikan kes itu sekiranya mahu anaknya itu dibebaskan, namun dia memberitahu hanya mampu membayar RM20,000 sahaja. - Gambar hiasan


“Kita juga sedang mengesan seorang lelaki dikenal pasti sebagai pemilik akaun bank yang digunakan dalam kes ini bagi membantu siasatan,” kata Mohd Wazir yang dipetik Sinar Harian.

Semoga kejadian ini memberi pengajaran kepada kita semua dan tidak terlalu mempercayai seseorang. - KitaReporter


 

1
2
27
0
0

Copy Link: