JANGAN TERUS SEDIH.. ADA HIKMAH UNTUKMU..
Published byASSALAMUALAIKUM dan Selamat Sejahtera.
Kongsi minda, bersih jiwa.
Renungan.
Bersedih fitrah kehidupan
Jangan layan rasa sedih
Sedih tak semestinya menangis
Sedih banyak perkara sedih.
Kematian, kemalangan, kehilangan, cacian dan makian, umpatan orang dan sebagainya juga boleh buat kita sedih.
Ada juga yang bersedih mengenangkan nasibnya, cara hidupnya, orang keliling dan tempat kerja.
Tidak kurang juga yang sedih dengan dirinya yang lemah, keimanannya yang kurang, ibadahnya yang tak seberapa, susahnya yang melarat dan sebagainya.
Setiap orang akan merasakan kesedihan.
Tetapi jangan ikut hati.
Janganlah bersedih, kerana Allah sentiasa bersama kita.
Jika kita masih juga bersedih, maknanya kita belum merasa dekat dengan Allah.
Kita lupa kepada-Nya. Kita layan emosi, seksa diri.
Yang dimaksud bersedih bukanlah bererti menangis. Tetapi melayan masalah sehingga terjejas hidup.
Apapun, jangan bersedih kerana tidak sabar, tidak menerima takdir kerana ia menunjukan kelemahan diri kita sendiri.
Masalahnya, kita yang suka memanjangkan kesedihan dan menyeksa diri.
Seakan Allah tidak wujud dalam kehidupan kita.
Saat kesedihan terus dirasa, mungkin kita lupa atau hilang kesedaran, bahawa Allah sentiasa ada dan mendengar cerita kita.
Sebab itulah kita diperintahkan untuk terus mengingat Allah.
Ingatlah
Hanya dengan mengingat Allahlah hati menjadi tenteram.
Selalulah berzikir memuji Allah.
Kesedihan tidak boleh dielak. Semua orang akan mengalaminya.
Ada waktu kesedihan melembutkan hati.
Tetapi membiar kesedihan terlalu lama akan melemahkan semangat untuk terus hidup.
Oleh itu jangan terus bersedih.
Sebab kesedihan tidak akan menyelesaikan masalah.
Maka perhalusi masalah, berusaha menyelesaikannya.
Bertabah dan melangkahlah dengan doa serta hargailah apa yang masih ada pada kita, berhenti bersedih kerana kita ada Allah.
❤️🌹 Lupakan kesedihan. Senyum dan bangkitlah.. Ada cara memujuk hati untuk gembira dan bahagia. Jaga Dia, dan Dia akan jaga kita. ❤️🌹