ANDA NAK BERJAYA? TIADA JALAN 'SHORT CUT'!
Published byASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi.
Kongsi minda, bersih jiwa.
Renungan.
Hendak berjaya?
Buang sikap negatif dalam diri.
Jalan terus
Itu harapan yang ada pada semua orang.
Yang membezakan hanyalah tahap kejayaan sahaja.
Secara logiknya, jalan menuju kejayaan itu adalah sama.
Bagaimanapun kita mesti mencuba.
Cuba untuk membuang sikap negatif yang boleh menyebabkan kita ketinggalan.
Tapi masih juga sukar menempa kejayaan. Kemungkinan disebabkan ada banyak perangai negatif.
Cuba perhatikan perangai negatif yang ada dalam diri kita. Buang satu persatu supaya pergerakan dan tindakan kita selepas itu lebih teratur.
Contohnya, untuk bagi semua orang suka kita tidak akan pernah berjaya. Kecuali jika kita jadi hipokrit untuk buat semua orang suka.
Siapa yang tidak mahu berjaya.
Biasanya setiap orang akan menanam amalan baik ke dalam diri masing-masing. Tapi mungkin ada yang rasa agak susah hendak buat begitu.
Ramai yang perangai baik.
Mahukah kita jadi macam itu?
Kalau nak berjaya, anda perlu terima hakikat akan ada orang yang betul-betul suka, dan akan ada yang meluat dengan kita.
Jika boleh terima hakikat itu jalan terus. Jangan pedulikan mereka.
Itu lumrah kehidupan.
Dan paling penting jangan kita pula terikut-ikut perangai begitu.
Ada orang tak suka kita berjaya.
Mereka akan buat apa sahaja untuk menghalang.
Kikis sikap percaya orang begini. Kadang kita tak sedar ada gunting dalam lipatan.
Kalau menunggu sempurna baru hendak cuba perkara baru, alamat sampai bila-bila tidak akan berlaku. Cuba dahulu baharu tahu.
Buat yang terbaik. Hidup lebih menarik.
Perlu ada usaha dan pengorbanan. Orang yang berfikiran singkat ambil mudah semua perkara. Orang yang berfikiran jauh guna akal untuk bertindak. Hasilnya, pasti meriah dan berbaloi.
Berfikir panjang dalam apa saja usaha.
Hati-hati dengan orang yang suka mengutuk orang. Elak bergaul dengan orang begini.
Jangan ingat kita sempurna.
Ingatlah....
Tiada jalan singkat untuk berjaya.
Jangan hendak cepat kaya. Biar lambat asal selamat.
Semakin jauh seseorang itu berfikir, semakin bijak peranannya dalam kehidupan. Semakin menyerlah usaha dan kerajinan. Semakin bertambah kejayaan.
Berjaya dalam erti kata mencari sesuatu yang diberkati dengan melebihkan akhirat dari dunia. Lebihkan bertindak dari bercakap. Lebihkan sabar dari merungut. Lebihkan memberi dari menerima.
Doa, usaha, tawakal. Selebihnya berserah kepada Dia.
❤️🌹 Kita selalu cari salah orang tanpa sedar salah kita. Cuba ubah. Perbetul diri kita dahulu sebelum menegur salah orang. Jangan seperti tepuk air di dulang terpercik muka sendiri. ❤️🌹