BESARNYA!! REPLIKA TERBESAR PERMAINAN JENGA

Published by
KitaReporters
Replika terbesar permainan Jenga itu dihasilkan adalah dari konsep permainan yang menjadi kegemaran ramai dan sering  diadakan bersama keluargà ataupun rakan. Rekod itu diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) :  KitaReporters.com

REPLIKA terbesar permainan kemahiran fizikal Jenga di pusat beli-belah Gateway@KLIA2 menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR).


Gateway@KLIA2 mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menerima sijil pengiktirafan MBOR dengan mencipta replika terbesar permainan kemahiran fizikal Jenga di pusat beli-belah lapangan terbang  itu.

Pembinaan replika yang diadakan sempena cuti sekolah dan sambutan Krismas itu bertujuan menarik perhatian pengunjung untuk datang berbelanja, di samping menggembirakan kanak-kanak sempena cuti hujung tahun persekolahan.

Ketua Pegawai Eksekutif WCT Malls Management Sdn Bhd, Selena Chua berkata struktur Jenga gergasi bertemakan watak tiga beradik "We Bare Bears" dari Cartoon Netwok itu mendapat pengiktirafan sebagai Jenga  terbesar dalam Malaysia dari MBOR.

Menurut beliau, idea menghasilkan Jenga terbesar itu timbul dari konsep permainan yang menjadi kegemaran ramai   pada musim cuti  sekolah yang  sering  diadakan bersama keluargà ataupun rakan

KETUA Pegawai Eksekutif WCT Malls Management Sdn Bhd, Salena Chua (dua dari kanan) menerima sijil pengiktirafan MBOR yang  disampaikan oleh Pengurus Pejabat MBOR, Lee Pooi Leng (tiga dari kanan) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), Sepang pada 12 Disember 2019.


"Replika  Jenga terbesar itu akan dipamerkan kepada pengunjung di aras dua Gateway@KLIA2 bermula 12  sehingga 29 Disember yang antara lain bertujuan mengembalikan nostalgia dan memori baharu kepada pengunjung di pusat beli belah ini," katanya pada Majlis Pengiktirafan MBOR, Replika Jenga Terbesar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada Khamis (12/12/2019) lalu.

Pada majlis itu Selena yang mewakili WCT Malls Management Sdn Bhd menerima sijil pengiktirafan MBOR yang  disampaikan oleh Pengurus Pejabat MBOR, Lee Pooi Leng.

Struktur Jenga gergasi dengan ketinggian tiga meter itu diletakkan bersama watak kartun beruang diminati ramai terdiri dari Grizzly, Panda dan Ice Bear yang masing-masing berwarna coklat, hitam dan putih.

WATAK kartun beruang diminati ramai terdiri dari Grizzly, Panda dan Ice Bear turut dipamerkan bersama replika terbesar Jenga di Gateway@KLIA2.


Selena berkata, orang ramai yang berkunjung ke Gateway@KLIA2 boleh mengambil gambar dengan replika besar itu sambil bebelanja dan mendapatkan hadiah istimewa disediakan pihaknya.

Menurut beliau, pengunjung yang berbelanja RM250 ke atas berpeluang menebus Beg Duffle 'We Bare Bears' yang disediakan dalam tiga warna terdiri dari coklat, hitam dan putih mewakili watak kartun beruang itu, manakala bagi pemegang kad kredit HSBC dan ahli WCT Buddy, mereka hanya perlu berbelanja RM150 ke atas bagi menebus hadiah yang sama.

PENGUNJUNG berbelanja RM250 ke atas berpeluang menebus Beg Duffle 'We Bare Bears' yang disediakan oleh penganjur.


"Watak beruang yang diminati kanak-kanak itu  turut dibuat di dua cawangan pasar raya di bawah seliaan syarikat kami  iaitu di Paradigm Mall, Petaling Jaya dan Johor Bahru bagi menggembirakan mereka sempena sambutan Krismas akan datang.

"Di Paradigm Mall Johor Bahru, kita juga mencipta rekod dalam MBOR melalui membina pokok krismas terbalik dengan ketinggian 2.75 meter ( 29 November) dan di Paradigm Mall Petaling Jaya pokok krismas terbesar 8.3 meter (4 December).

POKOK krismas terbalik di Paradigm Mall Johor Bahru. 


"Terdapat kira-kira 150 lot kedai di klia2 dan sepanjang lima tahun mengendalikan pusat beli-belah itu pertambahan pengunjung meningkat sebanyak 40 juta orang berbanding 30 juta pada tahun lalu, yang terdiri daripada pengunjung dalam dan luar negara.

"Selain mengadakan karnival sambutan Krismas, pihak kami juga mengadakan karnival sambutan Hari Raya, Depavali dan Tahun Baru Cina yang diadakan pada setiap tahun," katanya. - KitaReporters.com.

POKOK krismas terbesar di Paradigm Mall Petaling Jaya

1
0
0
0
0

Copy Link: