NAK KETENANGAN?? KENA LEPASKAN KEDUKAAN..
Published byASSALAMAUALAIKUM dan selamat sejatera. Kongsi minda, bersih jiwa. : Kita Reporters.com
Renungan.
Serah hati pada Dia
Lepas yang negatif, ganti yang positif
Cari yang manis
Hikmah Allah akan tiba tepat pada waktunya.
Jangan mengalah kerana tidak mendapat apa yang diharapkan kerana sebab-sebab tertentu. Itu tanda bermula ujian Allah kepada kita.
Sehebat mana pun perancangan kita bila Allah pilih kita untuk diberikan ujian, kita akan jatuh dan tidak mampu berdiri lagi jika tidak sabar.
Kita akan hilang harapan dan hilang punca. Kita putus asa.
Kerana kita terlalu yakin pada apa yang kita buat semua terbaik sedangkan kita tahu kita tidak sempurna dan apa yang kita ada hanya sementara.
Bila-bila masa boleh diambil semula jika disalah guna.
Walaupun sejuta janji manis yang diberikan.
Walaupun segunung harapan yang diluahkan.
Sampai masa janji akan hilang, harapan juga melayang. Itu hakikat fitrah hidup manusia.
Belajarlah untuk melepaskan duka walau rasanya menyakitkan.
Yakin dengan takdir Allah.
Rahmat-Nya itu sangatlah luas.
Selagi kita diberikan nafas, kita berhak untuk bahagia dengan cara kita.
Asalkan tak lupa Dia.
Lupakan yang pahit. Cari yang manis.
Kita sentiasa boleh mula kembali sesuatu yang terhalang dengan langkah dan cara yang lebih baik.
Muhasabah dan renung kembali setiap tindakan kita yang lalu, dan teruskan membuat perkara baik selagi berpeluang.
Kita mungkin membuat salah tetapi kadangkala yang salah itulah yang akan membawa kita ke tempat yang betul untuk meraih apa yang diharapkan dalam kehidupan.
Rahsia Allah kita tak tahu.
Apa berlaku bukan kehendak kita.
Belajar daripada kesilapan jika mahu terus berjaya dan bahagia.
Jangan mengulangi lagi perkara yang sama.
Fikir yang baik. Doa yang baik agar dikurniakan masa depan yang lebih bermakna dan lebih baik.
Ingatlah..
Persiapkan diri untuk menjadi lebih baik.
Berdoalah untuk esok dan hari seterusnya yang lebih indah.
Lepaskan perkara yang negatif, kita akan membuka ruang kepada perkara yang positif untuk hadir dalam diri dan kehidupan kita.
Kasih sayang Allah itu ditunjukkan dalam pelbagai cara. Antaranya diberikan ujian.
Jangan ditanya kenapa kita yang terpilih. Redha.
Insya-Allah jiwa kita akan menjadi tenang dan lapang.
Bila Allah ingin memberi sesuatu yang lebih baik, ada yang perlu kita lepaskan.
Maka belajarlah melepaskan. Jangan susah hati.
Bersabarlah.
Selagi kita masih cuba bertahan dan takut untuk melepaskan sesuatu yang tidak nampak kebaikannya, selagi itu kebahagiaan sebenar tidak akan kita kecapi.
Mesti ada hikmah kenapa Allah atur jalan hidup kita begini.
Sakit dan susah, hanya sebahagian dari perjalanan hidup.
Jika tidak hadap kita tidak akan tahu yang suatu hari nanti kita akan tersenyum bila bertemu hikmah yang bakal Allah anugerahkan.
Jadilah orang yang lebih matang tentang kehidupan. Orang yang tidak mudah dikalahkan dengan cabaran dan ujian termasuk dugaan permainan hati dan perasaan.
❤️🌹 Serahkan hati pada Allah. Biar dia jagakan. Dia akan berikan kebahagiaan hati saat kita benar-benar sudah bersedia. ❤️🌹 - KitaReporters.com