NAK BUNGA RAFFLESIA?? GUNTING BUNGA RM10!

Published by
KitaReporters
ZAMAN kita sekolah dahulu pasti ada sahaja barangan yang perlu dibawa ke sekolah atas arahan guru. Kadang-kala sampai pening ibu bapa kita kerana telatah kita yang bersungguh-sungguh menyediakan barangan yang dipesan. : KitaReporters

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=2657840774453391&id=1422465924657555


Bagaimanapun di Facebook baru-baru ini tular kisah seorang budak sekolah yang mengunting wang kertas nota RM10 bagi memenuhi permintaan guru supaya membawa 5 keping gambar bunga Rafflesia ke sekolah.

Kisah ini dikongsikan oleh Penang Kini di Facebooknya. Hebatlah anak ini boleh fikir di luar kotak untuk mencari 5 keping bunga Raffesia sehingga mendapat pujian netizen atas pemikiran kreatifnya.

Tetapi anak ini hanya mampu menggunting 4 keping bunga Rafflesia kerana mak dia 'naik hantu' melihat perbuatan anaknya yang pandai dan cerdik ini.

Rata-rata netizen memuji sikap anak ini kerana sangat kreatif dan juga bijak.

Ada juga yang menasihatkan ibu tersebut supaya tidak memukul anaknya diatas tindakan memotong 4 keping bunga Rafflesia pada note RM10.

Mungkin anak ini bakal menjadi gabenor bank suatu hari nanti kerana pemerhatiannya pada duit sangat fantastik. - KitaReporters

3
1
0
5
0

Copy Link: