HANCURKAN RUMAH GARA-GARA ISTERI CURANG

Published by
KitaReporters
APABILA pasangan suami isteri tinggal berjauhan bagi tempoh yang agak lama, terdapat sejumlah pasangan gagal mengawal nafsu lantas berlaku curang. Dan apabila hati sudah hancur, yang lain turut hancur sama termasuk mahligai cinta mereka!! : KitaReporters

Sebuah eskavator diguna untuk menghancurkan rumah isteri curang di Ponorogo, Jawa Timur. - Kredit foto: Surya.id

Begitulah keadaan yang dialami pasangan suami isteri dikenali sebagai Hendrick M dan Nila VM di Desa Pengkol, Kecamatan Kauman, Ponorogo, Jawa Timur, Indonesia.

Hendrick mencari rezeki sebagai buruh di Korea Selatan.

Hasil simpanannya diguna untuk membina sebuah rumah berkeluasan 98 meter persegi sejak lima tahun lalu di atas tanah milik orang tua si isteri.

Seorang penduduk kampung merakamkan keadaan sebuah rumah dirobohkan. - Kredit foto: Detik.com

Namun ketika dia bekerja di Korea Selatan, rupa-rupanya si isteri, Nila menjalin hubungan dengan lelaki lain malah sudah melahirkan seorang anak hasil hubungan gelap itu.

Hendrick dan Nila sudah 15 tahun berkahwin dan mempunyai dua anak.

Kecurangan Nila heboh diperkata penduduk kampung membuat si suami pulang dari perantauan secara diam-diam.

Benar seperti apa yang diperkata oleh orang-orang kampung, lantas Hendrick menceraikan Nila.

Namun tetap berasa tidak puas hati dengan rumah yang dibina hasil pendapatannya bekerja di luar negeri. 

Alang-alang dia tidak lagi dapat memiliki rumah itu kerana dibina atas tanah milik mertuanya, Hendrick nekad untuk meruntuhkan saja rumah itu.

Pada Sabtu, 7 Mac 2020, Henrick menggunakan khidmat sebuah eskavator untuk merobohkan rumah itu. Sejumlah penduduk kampung menyaksikan tindakan yang dilakukan.

Peristiwa ini kini menjadi tular dalam laman Facebook, Instagram dan Whatsapp di Indonesia. 

Antaranya Facebook Gunanti Garwo Phencheng dan Instagram @lambe_turah. - KitaReporters


0
0
3
1
0

Copy Link: