SUMBER makanan bersih, suci dan halal merupakan antara ciri-ciri yang membentuk modal insan terpuji khususnya kalangan Muslim dan wawasan inilah yang mendorong penubuhan Kedai Serbaneka Makanan dan Minuman Islamik SMMI Enterprise di Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor. : KitaReporters

KEDAI serbaneka harian SMMI menawarkan aneka produk Muslim kepada penduduk setempat Puchong dan Sepang, Selangor.


Turut menyahut kempen Utamakan Barangan Muslim (Buy Muslim’s First atau BMF), kedai ini menawarkan pelbagai barangan keperluan harian terutama makanan dan minuman yang 100 peratusnya keluaran para pengusaha Muslim. 

Antaranya ialah beras, mihun, mi segera, makanan bertin, kicap, serbuk cuci pakaian dan sabun mandi dari jenama popular Muslim seperti Adabi, FGV, Mudim, Brahim’s, Ramly, Jalen, Fiza, Saji, Kohilal dan Bernas.   

Kedai yang beralamat di G-16, Jalan Putra Perdana 5E, Taman Putra Perdana. 47130 Puchong ini mula beroperasi pada 7 Mac 2020 dan dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 9 malam kecuali Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.  

Sambutan daripada masyarakat setempat kepada kedai serbaneka SMMI memang menggalakkan ekoran kesedaran mereka yang semakin meningkat terhadap peri pentingnya BMF ini dalam membantu membangunkan sosioekonomi umat Islam.

SMMI mengajak para pengguna menyahut kempen Utamakan Produk Muslim (BMF).


MENYOKONG produk Muslim mampu meningkatkan taraf sosioekonomi umat Islam di Malaysia.


M. SABRI YUSOFF


“Anggaran penduduk sekitar Taman Putra Perdana ini ialah antara 80,000 hingga 90,000 orang dengan majoritinya Muslim. Jadi alangkah melonjaknya taraf sosioekonomi mereka jika sokongan dan sambutan padu diberikan dalam menjayakan kempen BMF. 

“Kami juga mengalu-alukan kedatangan pelanggan daripada yang bukan Muslim kerana mahu turut memberikan mereka kesedaran dalam mengutamakan kebersihan, kesucian dan kesihatan apabila makan dan minum mahupun dalam menggunakan barangan harian lain. 

“Kepada seluruh warga Puchong malah Sepang, anda diseru berkunjung ke kedai serbaneka SMMI untuk mendapatkan dan menggunakan aneka barangan keluaran Muslim tanpa waswas lagi. 

“Ayuh kita pertingkat taraf sosioekonomi umat Islam dengan memulakan langkahnya dari sekarang,” kata Pengurus Bersama SMMI Enterprise, M. Sabri Yusoff.

ANTARA jenama popular produk Muslim yang terdapat di Kedai Serbaneka SMMI, Taman Putra Perdana, Puchong.


Ujar Sabre, beliau tetap bersikap terbuka dan mengalu-alukan para pengguna untuk mengunjungi kedai, pasar mini atau pasar raya lain yang berdekatan asalkan tetap dimiliki Muslim sekiranya barangan yang cuba dicari di SMMI, kehabisan stok atau masih menantikan bekalan tambahan. 

“Berita baik juga buat para pelanggan iaitu satu jenama Helo Piza yang dimasak dan dibekalkan oleh seorang usahawan Muslim, bakal ditawarkan di sini mulai 1 April 2020 untuk memberikan satu pilihan lain makanan segera tempatan,” katanya. 

Ketika ini antara produk Muslim yang didapati masih kurang dihasilkan dan dipasarkan ialah buah-buahan bertin, pewangi, serbuk cuci pakaian, minyak rambut, syampu, pencuci lantai dan penyembur serangga. - KitaReporters

MAKANAN yang dijamin suci, bersih dan halal diperagakan di rak Kedai Serbaneka SMMI. 


 

ANTARA jenama minuman produk Muslim yang dijual.

3
1
0
0
0

Copy Link: