BETUL KE ORANG BIJAK KURANG LAYAN EMOSI?
Published byAssalamualaikum dan selamat pagi. Kongsi minda, bersih jiwa.
Renungan.
Orang bijak habiskan masa berfikir
Kurang melayan emosi
Pendiam, simpan kebijaksanaan mereka
Anda yang bagaimana?
Orang yang bijak, menghabiskan sebahagian masanya untuk memikirkan jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah yang timbul.
Sementara sedikit sahaja masa diguna untuk melayan emosi, memikirkan nasib, akibat daripada masalah yang menimpa hidup.
Malah mereka tidak akan tunduk dengan emosi negatif apabila ditimpa masalah sebaliknya kembali mendekatkan diri kepada-Nya kerana percaya qada dan qadar Allah SWT.
Dekati Allah SWT dengan membanyakkan berdoa juga satu tindakan bijak kerana berdoalah tidak kira sama ada ketika kita susah atau senang. Allah SWT menunggu kita berdoa kepada-Nya.
Berdoalah hingga mengalir air mata..
Di keliling kita banyak sekali orang yang bijak, namun jarang orang mengetahui dan mereka sendiri terkadang tidak sedar kecuali setelah mereka berjaya mencipta sesuatu yang luar biasa.
Ciri-ciri orang bijak yang jarang diketahui oleh kebanyakan orang mudah sahaja.
Mereka sangat pendiam dan sangat berhati-hati sebelum bercakap. Tapi tak semua benar. Ada juga orang yang banyak cakap bijak.
Kebanyakan mereka bercakap bila perlu, tidak merapu dan ada fakta untuk berhujah.
Selalunya mereka bersifat menunggu dan melihat keadaan dan bercakap pada saat yang benar-benar tepat. Mereka memerlukan waktu untuk berpikir tentang apa yang akan diucapkan dan sedia memberi respons yang relevan.
Mereka akan lebih diberi perhatian.
Pesan orang tua-tua, kita harus berfikir dahulu sebelum bercakap adalah sesuatu yang patut diikuti kerana, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Janganlah menjadi orang yang pandai bercakap tetapi tindakan tidak selari dengan apa yang diucap. Takut dikata tidak berakal.
Ingatlah...
Ketika bercakap dengan orang bijak, mereka sangat tenang. Mereka pendengar setia, mereka akan menanyakan pertanyaan yang cukup tepat karena mereka benar-benar faham.
Dan kalaupun kata kata kita tidak sependapat dengan mereka, mereka akan memberikan cadangan hingga akhirnya mendapatkan keputusan yang benar-benar baik untuk kedua-dua pihak.
Orang yang bijak tidak beritahu orang yang mereka ada keistimewaan itu. Mereka simpan sendiri. Orang yang menilai.
Tetapi orang yang tidak mampu bercakap dengan baik adalah orang yang selalu merasa kemampuan mereka sudah sangat baik . Padahal tak cerdik manapun.
Mereka orang yang akan selalu belajar dan belajar untuk mendapatkan hasil yang lebih baik setiap masa. Mereka tidak jemu mencari ilmu.
Itu tanda mereka adalah orang-orang bijak dan sentiasa mahu membaiki diri walau sudah cukup ilmu.
❤️🌹 Jangan hidup seperti perahu tidak berpenghuni, takut nanti tak sampai ke destinasi ❤️🌹