MU JULANG NAMA "MU", GAJAH "HILANG MINYAK"
Published by
KEPUTUSAN Liga Super : Melaka United (MU) dengan mudah menundukkan pasukan PDRM dengan keputusan 3 -1 di Stadium Hang Jebat,Melaka pada Jumaat, 6 Mac 2020. Nasib skuad Tok Gajah sekali lagi tidak menyebelahi mereka apabila kalah tipis di tangan Petaling Jaya City FC (PJ City) dengan keputusan 2-3. : KitaReporters
Melaka United menang
Pemain importnya,Uche Agba membuka jaringan seawal minit ke-17 hasil hantaran lintang daripada Wan Amirul Afiq Wan Ab Rahman dengan menanduk masuk di sebelah kiri gawang lawan.
Babak kedua, Melaka terus memburu gol penambahan menerusi kapten pasukan Safiq Rahim pada minit ke-71 selepas menerima hantaran Wan Amirul Afiq.
Ketinggalan 2-0 membuatkan PDRM atau The Cops merasa tidak senang dengan situasi tersebut sehingga penyerang import Antonio German terpaksa memungut gol sagu hati pada minit ke-80; selepas menerima hantaran Muhamad Eskandar Ismail, sekali gus menewaskan penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat.
Skuad bimbingan jurulatih Mohamad Ishak Kunju Mohamad, walau bagaimana pun gagal mengetepikan kemaraan jentera skuad tuan rumah yang mempunyai lima orang pemain import.
Sebelum tamat permainan, Wan Amirul Afiq, bekas pemain Felda United bertindak cemerlang membedil gol terakhir MU pada minit ke-90 (dua minit waktu tambahan).
Pahang tewas
Dalam satu perlawanan lain di Stadium Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), kekalahan 1-2 dengan Selangor di gelanggang sendiri pada Sabtu, 29 Februari 2020, masih terasa lagi walaupun Pahang dikatakan mempunyai pemain yang terbaik.
Gol PJ City disumbangkan oleh Aboubacar Demba Cemara, pemain dari Papua New Guinea, pada minit ke-12; Barathkumar Ramaloo pada minit ke-59 dan Kogileswaran Raj minit ke-90.
Manakala pasukan Pahang, gol diperolehi daripada sepakan penalti oleh Dickson Nwakaeme pada minit ke-15 dan Ivan Carlos minit ke-52.
KEDUDUKAN TERKINI CARTA LIGA SUPER MALAYSIA
Sumber imej grafik: scoreboard.com