PM 'KABINET BAYANGAN'? DIVA AA NAK SAMAN!!
Published byMENERUSI ciapannya dalam akaun media sosial Twitternya pada Selasa, 25 Februari 2020, bekas pengacara televisyen Azwan Ali memaklumkan bahawa dia akan mengadakan satu sidang media tergempar. : KitaReporters.com
Kredit foto: YouTube
Ia berikutan penularan poster 'Kabinet Bayangan' yang direka oleh wargamaya yang meletakkan gambar Azwan atau Diva AA sebagai Perdana Menteri.
Selain Azwan, beberapa selebriti penuh kontroversi seperti usahawan Datuk Seri Aliff Syukri dan jutawan kosmetik Datuk Seri Hasmiza Othman atau Dr Vida termasuklah Da'i musim kedua, Nik Ahmad Farhan Nik Muhamad turut mewarnai poster itu.
Poster 'Kabinet Bayangan' - Kredit foto: YouTube/Twitter
Azwan bagaimanapun kurang senang dengan gurauan nakal wargamaya itu dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak bertanggungjawab mengedit poster berkenaan.
"Sidang media tergempar kes saman hamlau yang muat naik poster ini (Kabinet Bayangan) jam 5 petang pada Selasa (25 Februari 2020)," tulisnya.
Kredit foto: Twitter
Namun, Azwan belum menentukan lagi lokasi sidang media itu.
Katanya, masih dalam perbincangan dengan pihak pengurusannya. - KitaReporters.com