DIBERHENTI KERJA, KINI BERJAYA NIAGA ONLINE

Published by
KitaReporters

ASSALAMUALAIKUM dan selamat sejahtera. Kongsi minda, bersih jiwa. : KitaReporters.com


Menulis Dari Jiwa... Renungan.

Menangis diberhenti kerja. Hidup serba tak kena. Takut selamanya sengsara. Tapi syukur ingatkan Dia

Tak mula kita tak tahu. Dah mula baharu tahu. Jangan takut mencuba. Rezeki Allah di mana-mana


Kejayaan akan datang bila kita redha dengan aturan Dia, kata Dila yang berkongsi kisahnya hari ini.

Kata Dila bila dipaksa berhenti kerja dia menangis berhari-hari. Mana nak cari duit nak teruskan hidup. Simpanan yang ada tak seberapa. Kereta, rumah, belanja harian, nak bagi mak lagi, semua dalam fikiran.

Lalu kepada Allah dia beristiqarah. Mohon Allah buka jalan... Bagi meneruskan kehidupan. 

Alhamdulillah. Akhirnya nekad berniaga online dengan modal tak seberapa. Aksesori wanita, kanak kanak menjadi pilihan.

Sebab minat. Mula-mula perit juga, lama-lama seronok. Akhirnya selesa dengan rezeki baru yang Allah bagi.

Syukur dengan nikmat Allah. Semoga terus istiqomah. 

Syabas Dila. Berhenti menangis. Senyum lebihkan. Ia sedekah pemurah rezeki.


Iktibar dari kisah ini

Jangan putus asa, jangan mengalah. Terus positif. Allah uji kerana dia sayang kita. Dia hendak bagi yang lebih baik.

Satu pintu rezeki Allah tutup, banyak lagi yang dia buka. Carilah dan usaha. Gali sampai dapat. Mesti ada.

Ingatlah, jika kita susah, ada lagi orang susah. Allah Maha Adil.

Jadikan pengalaman satu pengajaran. Mendidik kita sabar dan redha. Menerima hakikat, hidup perlukan pengorbanan.

Doa yang baik, fikir yang baik, insya-Allah yang dapat juga baik-baik. Usaha, doa tawakal. Kepada Allah kita berserah!


🌹❤️ Selalu yakin di penghujung jalan pasti ada cahaya 🌹❤️ - KitaReporters.com
8
0
1
0
0

Copy Link: