TUNGGU!! GERHANA MATAHARI CINCIN 26 DIS INI
Published byBeberapa penduduk dunia termasuk Indonesia dan Malaysia berpeluang menyaksikan keunikan fenomena alam yang dipanggil Gerhana Matahari Cincin dan dikatakan akan mencetuskan pelbagai kesan kepada flora dan fauna. : KitaReporters.com
Fenomena unik ini tercetus apabila bumi, bulan dan matahari berada di kedudukan selari menyebabkan matahari bertukar gelap dalam tempoh tertentu. - Foto BKMG
Memetik laporan bangka.tribunnews.com, pembentukan fenomena unik itu boleh dilihat di beberapa negara termasuk di Indonesia, Malaysia dan Singapura pada Khamis (26/12/2019) ini.
Fenomena Gerhana Matahari itu tercetus apabila bumi, bulan dan matahari berada dalam kedudukan sebaris, sekali gus menyebabkan persekitaran tiba-tiba bertukar gelap untuk tempoh tertentu.
Keadaan itu menyebabkan matahari akan kelihatan menyerupai seperti gelungan cincin iaitu gelap di bahagian tengahnya, manakala bahagian tepinya dipancar dengan cahaya matahari.
Selain Indonesia, beberapa kawasan bumi di Malaysia akan berpeluang menyaksikan gerhana matahari cincin yang bermula dari Arab Saudi, UAE, Oman, Sri Lanka, kepulauan India serta Singapura.
Fenomena itu dijangka berlaku untuk tempoh antara dua minit 30 saat hingga tiga minit 30 saat, bergantung kepada lokasi.
Selain itu, faktor lain turut menentukan kejelasan pembentukan anulus dalam bahasa Latin atau cincin itu adalah taburan awan, jerebu dan kemungkinan hujan.
Panel Pakar Falak Syarie Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Dr. Kassim Bahali yang dipetik Melakakini berkata, fenomena yang berlaku bermula dari Arab Saudi menuju ke Lautan Pasifik dan seterusnya ke Sri Lanka, Indonesia dan ke negara ini berlaku pada tarikh yang sama pada hari tersebut.
Menurut Dr. Kassim, apabila berlaku gerhana matahari cincin sebahagian besar matahari akan ditutupi bulan dengan kadar sebanyak 95 peratus dan lima peratus cahaya akan dilihat menerusi di keliling matahari.
Gerhana Matahari Cincin yang pernah berlaku di Australia pada 2013
“Di Malaysia, fenomena tepat yang akan berlaku di Tanjung Piai iaitu sebanyak 94.04 peratus kadar bulan yang akan menutupi matahari sekitar jam 11.26 pagi hingga 3.17 petang dengan waktu kemuncaknya pada jam 1.22 petang," katanya. - KitaReporters.com