BAKA MAINE COON: KUCING BERWAJAH MANUSIA

Published by
KitaReporters
JIKA tahun lepas wanita ini mempunyai seekor kucing berwajah manusia kini hampir semua kucing Maine Coon peliharaanya berwajah manusia. : KitaReporters.com

Salah seekor kucing yang unik. - Foto IG Tatyana Rastorgueva 


Pemilik yang juga pembiak baka kucing, Tatyana Rastorgueva telah mula menjalankan kajian biak baka kucing sejak tahun 2002.

Semua anak kucingnya berwajah manusia hasil daripada pemilihan baka tertentu yang mengambil masa yang panjang.  

Pakar kucing atau disebut felinologis berusia 44 tahun yang juga pencinta haiwan dari Rusia ini biasanya mempamerkan kucing-kucing peliharaannya dalam Instagram miliknya.

Sebelum ini Valkyrie – kucing berwajah manusia – telah menjadi bintang dalam media sosial. Ini hasil daripada biak baka kucing jantan ras Vatican dan betina ras Lucien.

Tatyana biasanya merakam video kucingnya yang unik dan berkongsi dengan 80,000 pengikutnya dalam media sosial, Instagram @catsvill_county .

“Saya memang sukakan haiwan dan kucing sentiasa menjadi sebahagian daripada hidup saya.

“Saya mula menjalankan biak baka kucing secara profesional pada tahun 2002 dan biak baka kucing Maine Coon sejak tahun 2004 kerana minat yang mendalam pada kucing baka ini.” katanya. 


Antara kucing Tatyana yang mempunyai wajah seakan manusia. - Foto IG Tatyana Rastorgueva 


Boleh dikatakan semasa membuat kajian mengenai biak baka, Tatyana memberikan perhatian terhadap kucing Maine Coon yang disukai sehinggakan dia mempunyai wajah kucing yang unik. 

Boleh dikatakan semasa membuat kajian mengenai biak baka, Tatyana memberikan perhatian terhadap kucing Maine Coon yang disukai sehinggakan dia mempunyai wajah kucing yang unik. 

"Ini adalah satu tugas yang amat mencabar sebagai pembiak baka. Saya sayangkan semua haiwan terutama kucing dan Maine Coon sangat memikat hati saya," katanya. 

Maine Coon adalah kucing rumah bersaiz besar berbanding kucing lain. 

Baka kucing tertua ini berasal dari Maine, Amerika Syarikat (AS). Baka ini dipercayai berasal dari ras anggora dan kucing hutan Norwegia (Norway). - KitaReporters.com

1
1
0
0
0

Copy Link: