[VIDEO] "AL-JANNAH" UNTUK PAK NGAH, PAKLONG
Published byDALAM bidang muzik tanah air, ada dua orang insan seni yang menggunakan nama panggilan keluarga sebagai identiti mereka. Mereka ialah Pak Ngah dan Paklong. Dan kedua-duanya telah pun meninggalkan kita!! : KitaReporters
Hampir semua peminat muzik kenal akan nama Pak Ngah (Datuk Suhaimi Mohd Zain) yang meninggal dunia pada usia 59 tahun pada 25 September 2018.
Berbeza dengan peribadi Pak Ngah yang menonjol, Paklong pula bersifat low profile dan lebih suka berkarya dan tinggal di kampungnya di Sik, Kedah.
Ketika itu Paklong baru berusia 24 tahun.
Selepas lagu itu, Paklong pernah ditawar membuat lagu untuk album Kopratasa. Namun hasrat itu tidak tercapai apabila ayahnya sakit tenat dan terpaksa pulang ke kampung.
Walaupun tinggal di kampung di Sik, Kedah, Paklong terus berkarya dan punya cara tersendiri dalam berkarya.
Lagu ciptaannya, "Al-Jannah" nyanyian Mawi berjaya menerima anugerah Lagu Nasyid Popular Anugerah ERA pada tahun 2008.
Selain mencipta lagu, Paklong turut menjadi penyanyi dengan album solo pertamanya 'Selagi Ada Rindu' edaran FMC Music.
Peluang membuat rakaman album bermula apabila ditemukan dengan penerbit album, Kacip Emas, Kapten (B) Mohd Yusof Md Saad yang beribu pejabat di Kedah.
Jadi pada tahun 2008, album solonya dilancarkan di Utara Semenanjung Malaysia sahaja pada ketika itu.Kerana mahu memperluaskan pasaran ke seluruh negara, syarikat rakaman FMC menjadi pengedar.
Album "Selagi Ada Rindu" tercalon dalam senarai akhir bagi kategori Album Pop Etnik Terbaik di AIM 16 pada 2009.
Malah, lagu "Selagi Ada Rindu" itu sendiri menjadi juara carta berminggu-minggu dalam beberapa radio seperti di Mutiara FM, Kedah FM, Langkawi FM, Perlis FM, Perak FM, Sabah FM dan THR Gegar Pantai Timur.
Antara lagu ciptaan dan nyanyian Paklong ialah "Selagi Ada Rindu", "Cinta Pantai Merdeka", "Baju Kurung & Kebaya", "Harapan Bergetar", "Perjalanan Ku", "Cinta Di Langkawi", "Teratai Ku", "Cinta Asmara", "Al-Jannah", dan "Penawar Kacip Emas".
Bakat Paklong dalam bidang muzik diwarisi oanak kelimanya, Nur Muhammad Idhoffy, 18.
Nur Muhammad akan meneruskan perjalanan dengan band S4R yang diasas oleh Paklong. Band S4R akan terus mendendangkan lagu-lagu ciptaan Paklong yang puluhan jumlahnya.
Paklong ketika sakit meminta dinyanyikan lagu pertama ciptaannya, "Cinta Pantai Merdeka."