IBU bapa pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) dinasihatkan jangan bimbang dengan keselamatan anak-anak mereka yang tidak pulang ke kampung halaman susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula Rabu, 18 Mac hingga 31 Mac 2020. : KitaReporters

Naib Canselor UUM Prof Dato’ Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani.


Naib Canselor UUM Prof Dato’ Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani berkata, kepulangan pelajar ke rumah kemungkinan tidak menjaminkan keselamatan kerana mengambil masa yang agak lama dalam perjalanan dan kemungkinan terdedah dengan jangkitan penyakit Koronavirus-2019 (Covid-19) ketika mengunakan kemudahan awam contohnya. 

Justeru, beliau mengharapkan ibu bapa dan pelajar memberi keyakinan dan kerjasama kepada pihak pengurusan universiti untuk membantu pelajar yang tinggal dalam kampus sepanjang penguatkuasaan perintah itu.

Langkah tegas perlu dilaksanakan untuk membendung wabak Covid-19 daripada terus merebak dengan menasihatkan pelajar supaya menetap di kampus dan memutuskan rantaian jangkitan supaya wabak ini dapat dikurangkan. 

"Pelajar tidak perlu bimbang kerana kemudahan untuk pembelian makanan, minuman, keperluan asas dibuka untuk pelajar yang tinggal dalam kampus walaupun telah diumumkan cuti," ujar beliau lagi.

 

Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Prof Madya Dr Hendrik Lamsali.


Dalam pada itu Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Prof Madya Dr Hendrik Lamsali bersama Dekan, Pengarah, Pusat Penginapan Pelajar (SAC), Pengetua-pengetua Inapan Siswa (Inasis) dan staf di pusat tanggungjawab, bahagian, unit dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) akan berinteraksi dan memantau pergerakan pelajar di Inasis masing-masing. 

Beliau berkata, apa yang penting sekarang ialah keselamatan pelajar dan terhindar dari Covid-19. 

Sementara itu, Dr Hendrik Lamsali ketika dihubungi berkata, semua pihak telah diarahkan untuk memantau dan membantu pelajar agar dijaga dengan baik. 

"Pelajar boleh menghubungi staf di JHEP atau melalui Inasis dan MPP untuk menyalurkan sebarang pandangan atau permintaan untuk diberi perhatian oleh pihak universiti sekiranya menghadapi sebarang persoalan," ujarnya lagi.

TNC HEPA UUM memantau Inapan Siswa di kampus.


Dalam pada itu, Dr Hendrik turut memandang berat terhadap beberapa maklumat yang tidak tepat disebarkan dan berharap pelajar menyalurkan atau menghubungi terus pihak HEP untuk mendapatkan maklumat terkini.

"Walaupun telah diumumkan cuti tetapi perkhidmatan di pasar raya, dobi dan kedai menjual makanan dan minuman (bungkus) dibuka sepanjang cuti ini," ujarnya lagi.

 

Penjualan makanan dan minuman secara bungkus sahaja.


Sementara itu, Unit Keselamatan (UK) juga telah diarahkan oleh pihak pengurusan untuk memantau pergerakan keluar masuk di pintu utama.

Sepanjang tempoh cuti yang bermula sejak Rabu, 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 juga tidak membenarkan pelajar berkumpul, makan dan minum di kafe kecuali di bilik masing-masing.

Kesemua tindakan yang dilaksanakan ini adalah selepas kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara bertujuan mencegah penularan baharu wabak COVID-19 dalam kalangan masyarakat Malaysia. - KitaReporters

Pasar raya tetap dibuka untuk pelajar membeli makanan, minuman dan keperluan asas.

0
0
0
0
0

Copy Link: