Video| Biar betul! Selamba je ratah sayur sawi mentah! Tak pahit ke? Aksi mukbang tarik perhatian!
Published byKalau sudah namanya penggemar sayur-sayuran, berilah apa jua jenis pasti akan dimakannya. Tidak kira pahit, kelat atau masam, semua dibedal.
Ada dua cara untuk makan sayur iaitu dimasak atau mentah. Kalau dalam kalangan orang Melayu, sayur mentah kebiasaannya dipanggil ulam.
Antara sayur yang menjadi ulam ialah ulam raja, daun pegaga, kacang boto, cekur, daun kaduk, pucuk gajus dan lain-lain lagi.
Namun, jarang sekali sayur sawi dimakan mentah atau dibuat ulam. Kebiasaannya sawi akan dimasak atau dicampur ke dalam mi goreng.
Jenis-jenis sawi. - Kredit foto: Google Image
Sawi juga mempunyai beberapa jenis iaitu sawi putih,
sawi Jepun, sawi hijau, sawi bunga dan sawi pahit. Terpulang kepada diri
masing-masing yang mana satu menjadi kegemaran.
Bagaimanapun aksi seorang pengguna TikTok bernama
Sufia Johari atau dipanggil Cik Pia yang membuat mukbang meratah sawi menarik
perhatian netizen. Dalam video yang dikongsi, kelihatan dia sedang menikmati
sayur sawi mentah tanpa sebarang makanan sampingan seperti sos, nasi atau
sambal.
“Saya belum sempat nak makan mukbang setalam macam dulu-dulu. Rindukan?” tulisnya.
Kalau diperhatikan betul-betul, kelihatan sawi yang
dimakan itu sama ada sawi hijau atau pahit. Justeru, tidak hairanlah ia mengundang
persepsi dan persoalan daripada netizen.
Menurut Cik Pia dalam video tersebut, dia memang gemarkan sayur-sayuran dan menjelaskan sawi yang dimakannya itu begitu juicy. Jelas kedengaran bunyi rangup saat dia menggigit batang sawi tersebut.
“Kita makan bahagian hijau daun je. Wajib masak. Belum
pernah nampak orang makan batang sawi macam ni. Orang dah biasa boleh kot,” tulis salah
seorang netizen.
Selain itu, tidak semua netizen beranggapan memakan sawi mentah sesuatu yang pelik. Menurut seorang netizen, ia bergantung kepada selera masing-masing.
“Aku pernah makan mentah macam dia makan. Sedap weh serius. Tak payah pelik sangatlah kenapa dia makan mentah. Selera orang lain-lain,” tulisnya.
Manakala ada juga yang berpendapat, sayur yang dimakan mentah lebih berzat berbanding dimasak.
Apapun, tidak kira sama ada mentah atau dimasak, yang penting sayur-sayuran yang mahu dimakan perlulah dibasuh bersih terlebih dahulu. - KitaReporters