PENDEDAHAN seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama sebagai Paklong terhadap pengusaha kantin sekolah yang menyediakan makanan tidak berkhasiat membuatkan netizen berang. Dalam hantaran Twitter Paklong itu, dia memuat naik gambar menunjukkan lauk ayam yang dijual kantin sebuah sekolah. : KitaReporters



Lagi cerita-cerita berkaitan sekolah:

https://kitareporters.com/search?search=sekolah


Apa yang menjadi bualan, adalah warna ayam yang kelihatan terlalu hijau seolah-olah menggunakan pewarna.

“Bila katering makanan kat sekolah kau menang tender sebab baik dengan pengurusan tertinggi. Kau tengoklah apa yang dia bagi kat budak-budak ni. Ini kalau tak tukar juga caterer ni, aku tak tahu diorang ni nak lapor kat SPRM ke KPDNKK,” tulisnya.



Hantarannya itu mula tular dalam media sosial dan mendapat reaksi pelbagai lapisan masyarakat. Rata-rata mengecam pengusaha kantin sekolah yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan makanan untuk pelajar sekolah. 

“Kurang ajar caterer ni scam orang cakap masak ayam tapi sebenarnya masak shrek,” tulis salah seorang netizen.

“Aku rasa elok lapor ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terus. Tengok warna kat ayam ni dah macam cat dinding surau aku tengok,” kecam seorang lagi netizen.



Terbaharu, menurut Paklong kes tersebut sudah dibincangkan dan pihak ibu bapa turut masuk campur.

“Alhamdulillah aku difahamkan perkara ni dah dibincangkan. Ibu bapa pun dah masuk campur dalam hal sedemikian. Aku ada je nak promote side hustle aku tapi aku rasa macam buat korang jengkel pula.

“Jadinya, kekal selamat and makan makanan berkhasiat. Dan kepada mereka yang bertanggungjawab dalam perniagaan F&B di sekolah atau institusi mana pun, ingatlah, anda juga penyumbang kepada kejayaan pelajar-pelajar ini.

“Makanan yang sihat dan bermanfaat membantu memberi tenaga dan otak yang cerdas kepada anak-anak ini,” tulisnya.



Antara makanan yang tidak dibenarkan dijual di kantin sekolah mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh KKM ialah makanan yang diproses, makanan dan minuman yang melebihi tarikh luput, gula-gula dan coklat, makanan yang telah dijeruk, makanan ringan, makanan yang berkrim atau bersalut gula, produk makanan segera, makanan yang berupa permainan atau dijual bersama permainan, produk konfeksi ais dan aiskrim, minuman yang dibancuh menggunakan kordial, krimer 3 dalam 1, teh dan kopi serta minuman tenaga.


Contoh makanan yang dilarang dijual di kantin sekolah. - Kredit foto: Goolge Image


Namun dalam kes di atas, warna ayam terlalu hijau itu menimbulkan tanda tanya sama ada mereka menggunakan pewarna tiruan. Ini kerana, pewarna semula jadi warnanya tidak menyerlah seperti itu. - KitaReporters

3
4
0
0
3

Copy Link: