Masakan 3 negara Asia Tenggara! Kembara rasa dengan Cef Naem
Published byADAKAH anda penggemar makanan yang luar daripada kebiasaan yang lidah anda selalu rasakan? Jika sebelum dunia dilanda pandemik COVID-19, anda seorang pengembara yang sering ke luar negara mencari makanan warisan yang popular di negara-negara yang dikunjungi. Tetapi kini pintu ‘antarabangsa’ masih ditutup. Jadi bagaimana? - KitaReporters
Chef Naem ketika jelajah ke kawasan 'pasar terapung' (floating market) di Songkhla, Thailand.
Lagi cerita-cerita berkaitan makanan:
https://kitareporters.com/search?search=makanan
Barangkali jawapan yang anda cari ada pada program terbaharu bertajuk ‘Sweet Savoury’ yang memperkenalkan penonton dengan makanan yang menjadi ‘trademark’ negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Brunei.
Memulakan siarannya di TV Okey pada 20 September 2020, setiap Ahad, pukul 10.30 pagi, ‘Sweet Savoury’ membawa pengacaranya, Cef Naem atau nama sebenarnya, Muhammad Naim Ramli, 29, ke beberapa lokasi di tiga negara terbabit, sekali gus memperkenalkan masakan warisan yang popular dalam kalangan penduduknya.
Contohnya, macam kita di Malaysia, sebut sahaja nasi lemak, boleh dikatakan satu dunia dah mengaitkannya sebagai salah satu makanan pagi kegemaran semua rakyat berbilang kaum yang bermaustatin di negara tercinta kita ini.
Malah ‘nasi lemak’ bukan sahaja boleh dihidangkan pada sebelah pagi tetapi turut menjadi makanan ringan yang dicari pada waktu malam ketika santai di tepian gerai di bawah bulan purnama atau pun menjamahnya di restoran-restoran malam yang kini banyak menjual ‘nasi lemak’.
Nasi Lemak. - Kredit foto: rasamalaysia.comPendekata, ‘nasi lemak’ dah menjadi menu paling utama dilabel menjadi identiti dan juga ‘senjata utama’ rakyat di Malaysia untuk menggamit para pelancong yang ingin merasainya waima kemudian jatuh hati kepadanya.
Hebatkan penangan rasa nasi lemak!
Jadi, apa agaknya menu popular dan makanan kebangsaan kegemaran rakyat Indonesia, Thailand dan Brunei Darussalam yang boleh memancing hati pelancong untuk datang berkali-kali semata-mata untuk makan?
Melalui ‘Sweet Savoury’, sebagai hos, Cef Naem akan membawa penonton menjelajah terlebih dahulu ke Brunei Darussalam yang terkenal sebagai sebuah negara kecil tetapi kaya dengan sumber minyak dan gas, terletak di sebelah utara pulau Borneo.
Cuba teka apa agaknya menu kebangsaan negara di bawah pimpinan Sultan Hassanal Bolkiah ini?
Berada di lokasi Bandar Seri Begawan, Brunei, penonton bakal menyaksikan Chef Naem menemubual seorang pengusaha ‘nasi katok’, Puan Nabila, menyediakan menu sambal nasi katok dan buttermilk sauce.
Tentu ada yang nak tahu kan apa ‘nasi katok’ dan bagaimana namanya diperoleh?
Menurut sejarahnya, nama ‘nasi katok’ itu diperoleh pada awal kemunculannya apabila nasi itu dijual pada waktu siang tetapi bagi para pekerja yang bertugas malam, mereka yang ingin memakannya terpaksa mengetuk pintu rumah penjualnya.
Nasi katok berisi nasi yang dibuat dari beras pulen dengan ayam goreng yang ditepungi dan ditambahkan dengan dua pilihan sama ada pedas atau tidak, serta dibungkus dengan menggunakan bungkus nasi atau pembungkus makanan plastik.
Nasi katok. - Kredit foto: Bruneitourism
Eh! Lebih kurang nasi lemak jugalah kan gayanya.
Selain itu ada beberapa lagi makanan popular kegemaran rakyat Brunei Darussalam yang diperkenalkan antaranya seperti jepat jagung manis dan lain-lain.
Itu antara makanan di Brunei. Jelajah ke bandar Songkhla, Thailand pula membawa Cef Naem menyediakan resipi Kaeng Som Phad Thai bersama-sama Cef Fadhilat.
Rasai keunikan makanan kebanggaan masyarakat Thailand seperti dim sum di Restoren Chabura, mahu pun jalan-jalan cari makan mencari makanan ‘viral’ sekitar Pasar Kim Yong dan juga beberapa restoren lain di sekitar Narathiwat dan Pattani, Thailand.
Pilihan 'Dim Sum' di Restoran Chabura, Songkhla. - Kredit foto: Tripadvisor.com.my
Seterusnya, pencarian masakan berasaskan resipi popular negara Indonesia membawa penonton jelajah lorong-lorong di ibu kota negaranya, Jakarta dan Bandung.
Penggemar masakan Indonesia dapat berkongsi menu istimewa milik warung nasi ibu Imas, Jalan Cihampelas di Bandung, Restoren masakan Padang, ‘Street Food’ Jalan Kebun Sirih Indonesia di Kota Tua Jakarta, Kedai Roti Unyil Venus dan Restoren Jalanan, menu masakan Palembang dan tidak ketinggalan menu Subari di Bandung.
Cef Naem merasai masakan di restoran Ibu Imas di Bandung. - Kredit foto: IG @warungnasi_ibuimas.
Tentu nama-nama menu ini asing kepada telinga kita kan?
Jadi kalau nak tahu lanjut apa kata ikuti pencarian masakan popular Asia ini setiap Ahad, pukul 10.30 pagi mulai 20 September 2020 di TV Okey.
Ok kan? Malah bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga boleh ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store. - KitaReporters