Lynda Chew tak kenal kegagalan! Kini usahawan daging salai berjaya! Ingin bantu koperasi, wanita
Published byKEGAGALAN dalam menceburi bidang perniagaan adalah perkara biasa yang sering dihadapi mereka yang bergelar usahawan kerana banyak liku hidup dan cabaran yang perlu ditempuh untuk mencapai kejayaan.
Pengalaman banyak mengajar seseorang usahawan membantu membina kehidupan untuk terus berjaya dalam bidang yang diceburi dengan menanam azam dan kekuatan diri bagi menghadapi cabaran.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan usahawan wanita
Norhayati Maslinda Chew (Lynda Chew) usahawan daging salai
Norhayati Maslinda Chew @ Lynda Chew, 43, seorang
usahawan wanita yang gigih dalam menceburi bidang perniagaan biarpun berpuluh-puluh kali usahanya gagal dalam bidang berkenaan.
Lynda berstatus ibu tunggal berasal dari Sabah, memberanikan diri merantau ke Semenanjung selepas gagal dalam percubaan memulakan perniagaan dalam bidang percetakan di tanah kelahirannya tetapi tidak bertahan lama kerana kurang pengalaman dalam bidang berkenaan.
Dia kemudian beralih kepada pengusaha spa tetapi menghadapi cabaran kerana diejek dan dan difitnah oleh rakan menyebabkan usahanya terbantut di tengah jalan.
Katanya, kegagalan itu mendorong beliau nekad untuk meneroka dalam beberapa bidang lain dengan menubuhkan syarikat sendiri.
Daging salai keluaran keluaran syarikat Lynda turut menjadi menu di hotel seluruh negara
Berpendidikan dalam Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Dalaman dan Luaran dan sebelum ini, Lynda pernah menjadi pereka seni bina kontena (Kontraktor) yang kebanyakan dimonopoli kaum lelaki.
Selepas lebih 10 tahun menjadi perantau di
Semenanjung apabila pendamik COVID-19 melanda negara pada 2020, beliau telah menceburi dan menumpukan
sepenuh masa kepada perniagaan daging salai.
Dengan memulakan perniagaan secara kecil-kecilan pada tahun 2020 dan menubuhkan operasi rumah salai di Kijai, Terengganu, kini perniagaan kecilan-kecilan itu sudah dinaik taraf menjadi kilang yang boleh menampung sebanyak lima tan daging salai sebulan.
Malah, dalam masa terdekat juga,sebuah kilang yang lebih besar akan dibina untuk memproses apabila mendapat lebih banyak permintaan.
Daging salai keluaran Lynda akan menemui pasaran di peringkat Antarabangsa
Selain menjadi usahawan, Lynda Chew juga terlibat dalam beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan koperasi menyebabkan beliau sentiasa aktif membantu masyarakat yang memerlukan bantuan terutama ketika pandemic COVID-19.
Kejayaan beliau dalam bidang keusahawan dan aktif
dalam badan sukarela membolehkan beliau bakal menerima Anugerah Outstanding Women Award
Sabah Sempena Hari Wanita Antarabangsa 2022 dari Persatuan
Industri Kecil dan Sederhana Wanita Sabah (IKSNITA).
Beliau kini bekerjasama rapat dengan pelbagai kementerian berkaitan termasuk badan koperasi untuk membantu, memperluaskan dan meningkatkan taraf hidup mereka yang terkesan dari keadaan yang sedang melanda sekarang dengan membina design terbaharu kios mampu milik Mozlyn.
Noh Omar ketika merasmikan produk daging salai Lynda
Majlis pelancaran produk salai Lynda telah
dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar, di
Hotel Impiana KLCC Kuala Lunpur pada 20 Januari 2022 lalu.
Pada majlis yang sama turut diadakan sesi menantadatangai perjanjian persafahaman MoU antara Cik Lyn Smoked Mansion dan juga Koperasi Harapan Mutiara Pulau Pinang Berhad sebagai pengedar di bahagian negeri utara.
Produk Salai Cik Lyn mempunyai 3 perisa iaitu Moist, BlackPepper dan Spicy dengan 4 jenis pembungkusan iaitu 150gm, 300gm, 200gm serta 500gm.
Dengan variasi perisa dan pembungkusan diperkenalkan secara tidak langsung memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan untuk memilih jenis kuantiti pek yang mana diperlukan mengikut kesesuaian samada untuk bekalan stok di rumah, bawa bercuti atau sebagai pemberian kepada keluarga dan kawan-kawan.
Misi beliau kini berhasrat menjadi syarikat bumiputra muslim yang dapat menerokai pasaran antarabangsa. Bermula dari pasaran dalam negara, Asia Tenggara dan seterusnya ke peringkat Eropah dan Amerika. - KitaReporters