Gambar menunjukkan pesawat British Airways. - Kredit foto: BBC


SEORANG penumpang kelas pertama penerbangan British Airways melahirkan rasa kecewa apabila menerima layanan tidak setimpal dengan bayaran yang telah dibuat.

Menurut laporan di portal MailOnline, penumpang malang itu, Jarvis Marcos, 37, bersama teman wanitanya, Kamara Harding, 33, yang menaiki pesawat berkenaan dari Mexico menuju ke London, berdepan pengalaman buruk dan 'mengerikan'.

Walaupun membayar tiket penerbangan kelas pertama berharga £4,000 (RM22,775), Marcos terpaksa menghadapi situasi tidak selesa termasuklah terdapat titisan air dari pendingin hawa dan cecair melekit di atas dulang hidangan. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penerbangan


Dulang hidangan yang menjijikkan kerana terdapat cecair melekit di atasnya.



Marcos menyifatkan penerbangan selama 11 jam pada bulan Ogos 2021 lalu, sebagai pengalaman paling teruk yang pernah dilalui sepanjang menaiki pesawat.

Lelaki itu memuat naik video pengalaman buruknya dalam akaun TikTok dan mengejek British Airways dan membandingkan kebocoran pendingin hawa dengan kemudahan 'mandi' di dalam pesawat penerbangan Emirates.


Tangkap layar video yang dimuat naik oleh Marcos dalam akaun TikTok yang membandingkan antara penerbangan Emirates dan British Airways.


Testimoni Marcos adalah kesinambungan daripada perkhidmatan buruk yang semakin meningkat bagi British Airways berikutan pengurangan kakitangan, masalah teknikal dan isu teknologi maklumat yang berlaku dalam syarikat penerbangan tersebut sejak bergabung dengan syarikat penerbangan Sepanyol, Iberia pada 2011.

Marcos sering terbang sehingga 160,934 kilometer setahun kerana mengendalikan sebuah laman web kembara mewah dan agensi pelancongan yang memerlukannya menaiki pesawat kelas pertama dan menginap di hotel terkemuka. 

Katanya, dia terkejut apabila berdepan pengalaman sedemikian termasuklah dihidangkan menu yang terlebih masak dan kerusi pesawat yang terkoyak. 

Disebabkan itu, Marcos menyeru orang ramai agar memilih syarikat penerbangan lain untuk tiket perjalanan kelas pertama. 


Marcos melahirkan rasa kecewa apabila melalui pengalaman buruk bersama British Airways bersama teman wanitanya.


Menu di dalam pesawat bagi penumpang tiket kelas pertama yang disifatkan Marcos sebagai terlebih masak.


Sementara itu, British Airways memohon maaf di atas perkara yang berlaku dan berkata, setiap pesawat menjalani penyelenggaraan seperti biasa dan mereka akan melakukan siasatan lanjut mengenainya.  - KitaReporters


Surat menerusi emel yang diterima oleh Marcos daripada British Airways yang mahu membayar ganti rugi dengan e-Baucer bernilai £150 (RM854).

10
10
0
14
0

Copy Link: