Sugu Pavithra dapat Silver Play Button! Ada 100k pelanggan!
Published bySIAPA tidak kenal dengan pasangan Sugu Pavithra yang berbakat dalam bidang masakan selain kefasihannya berbahasa Melayu ketika di dapur. Kini selepas hampir enam bulan berkecimpung sebagai Youtuber, pasangan itu menerima 'habuan' hasil titik peluhnya selama ini apabila menerima anugerah ‘Silver Play Button’ dari laman perkongsian video berkenaan. : KitaReporters
BERKONGSI kegembiraan yang diperoleh selepas hampir enam bulan berkecimpungan sebagai Youtuber.
Hadiah tersebut diberikan berikutan kejayaan saluran YouTube Sugu Pavithra mendapat lebih 100,000 pelanggan (subcribers).
Wow kalau dah usaha pasti ada habuanya!!
Inilah dikatakan rezeki memang tak pernah
salah alamat!!
Menerusi video terbaru berdurasi 11 minit 31 saat itu,
pasangan muda itu berkongsi keterujaan berkenaan dengan membuka bungkusan hadiah ‘Silver Play Button’ secara terbuka sambil disaksikan oleh ahli keluarga serta jiran tetangga.
Bagi meraikan ‘kemenangan’ itu, pasangan muda yang masing-masing berusia 28 dan 29 tahun itu turut membeli sebiji kek sebagai tanda perhargaan serta hidangan KFC yang diagihkan kepada jiran terdekat.
Wah bagusnya… inilah dinamakan berkongsi rezeki!
Ketika membuka bungkusan bungkusan ‘Silver Play Button’ yang diterima oleh pasangan berkenaan terkejut selepas tertera namanya serta diselitkan satu sijil dari YouTube.
Malah Sugu dalam videonya berjanji untuk berkongsi isi kandungan surat berkenaan.
SUGU ditemani suaminya, S. Pavithra tergamam selepas dapat bersua muka dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada satu majlis yang berlangsung Putrajaya, baru-baru ini. - Kredit foto: Sinar Harian
Dalam masa sama, pasangan suami ini meluahkan rasa syukur kepada semua pengikutnya atas sokongan yang diberikan.
“Seperti mana yang anda tahu, orang pertama yang saya
nak ucapkan terima kasih ialah untuk kakak Seri sebab dialah orang pertama yang
memperkenalkan YouTube kepada saya dan ajar saya macam mana nak buat video dan
upload dalam YouTube dan semuanyalah,” ujarnya.
Sokongan yang diterima pasangan Sugu Pavithra selepas menerima anugerah berkenaan.
Saluran YouTube Sugu Pavithra kini telah mendapat lebih 100,000 langganan.
Malah, pasangan itu sudah menerima bayaran bulanan
daripada YouTube selepas video-video masakan mereka melepasi angka tontonan yang telah
ditetapkan.
Ternyata usaha yang berterusan yang ditunjukkan
pasangan itu akhirnya membuahkan hasil kepadanya.
Tahniah Sugu dan Pavithra… Anda dapat yang selayaknya
atas usaha yang dilakukan selama ini
Teruskan perjuanganmu Sugu dan Pavithra!!! Harumkan nama Malaysia di mata antarabangsa. - KitaReporters