SEDAP!! NIKMATI AYAM GORENG KFC SOS PUTIH
Published byKITA biasa menambah sos pada makanan yang kita nikmati untuk lebih enak. Secara umumnya sos yang kita gunakan, sama ada sos cili atau tomato, berwarna merah. : KitaReporters.com
'KFC WHITE BBQ CRUNCH' boleh didapati dalam hidangan dua ketul atau tiga ketul ayam.
Namun kini, Kentucky Fried Chicken (KFC) memberikan pelanggan kelainan di mana anda boleh menikmati hidangan ayam goreng dengan sos BBQ berwarna putih.
Anda pasti merasai
kelainan setelah biasa menggunakan sos berwarna merah atau coklat yang selama
ini digunakan di semua rangkaian restoran KFC.
Namun
inilah inovasi yang dilakukan oleh KFC dalam usaha berterusan memperkenalkan produk
makanan berperisa baharu demi memuaskan
selera para pelanggan.
Makanan baharu ini yang dinamakan ‘KFC White BBQ Crunch’ adalah sejajar dengan semangat
pembaharuan sempena Tahun Baharu 2020.
Kenyataan KFC pada Rabu (8/1/2020) lalu memberitahu, hidangan ini berlainan dengan hidangan barbeku biasa dengan sentuhan sos barbeku baharu berwarna putih.
Hidangan baharu ini kini boleh didapati di semua rangkaian KFC seluruh negara dan orang ramai seharusnya mengambil peluang merasai.
Namun mereka perlu segera kerana ia hanya ditawarkan untuk masa yang terhad sehingga habis stok.
ENAKNYA 'KFC White BBQ Crunch' dengan sos putih.
‘KFC White BBQ Crunch’ memberi keenakan berbeza berbanding sos barbeku berwarna merah atau coklat yang sudah dikenali ramai.
Ia
menampilkan kalazatan perisa barbeku salai yang digemari ramai, tetapi dalam
versi sos barbeku putih yang sudah pasti
menambahkan selera apabila dinikmati.
Sos ‘White BBQ’ ini dicurahkan ke atas ayam goreng ‘hot and spicy’ yang disaluti sos merah istimewa.
Gabungan semua ini menghasilkan cita rasa yang sangat enak, dengan rasa salai, masin, masam dan pedas dalam satu gigitan rangup.
‘KFC White
BBQ Crunch’ ialah olahan unik kepada ayam goreng KFC dan dicipta khas untuk
sambutan tahun baharu dan musim perayaan.
Dengan
salutan ‘hot sauce’ ke atas ayam goreng ‘hot and spicy’, dilengkapi dengan sos ‘Smoky
White BBQ’, hidangan ini menjanjikan keenakan berlainan daripada biasa.
'CELEBRATION BUCKET' dilengkapi dengan udang rangup, kentang putar dan minuman.
Selain itu, sempena kemeriahan tahun baharu dan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi, KFC juga menambah seri dengan hidangan KFC ‘bucket’ istimewa.
‘KFC
Celebration Bucket’ kembali lagi tahun ini bersama sampingan udang empuk
keemasan, ‘KFC Shrimp Poppers’.
Dengan sajian ‘KFC Celebration Bucket’ bersama hidangan udang rangup ‘KFC Shrimps Poppers’ akan menambahkan kemeriahan tahun baharu dan sambutan perayaan.
'BOX MEAL' untuk 'KFC White BBQ Crunch' antara lain mengandungi burger Zinger, 'french fries dan minuman.
Untuk pelanggan yang ingin mencuba, "KFC White BBQ Crunch' boleh didapati dalam set dua ketul atau tiga ketul ayam bersama hidangan sampingan dan minuman, atau ‘Box Meal’ yang dilengkapi burger Zinger.
Bagi ‘KFC
Shrimp Poppers’ pula, didatangkan bersama ‘Celebration Bucket’ dan boleh
dinikmati dalam bentuk a la carte dengan harga bermula daripada RM5.90.
Seperti
dinyatakan, ‘KFC White BBQ Crunch’ dan ‘KFC Celebration Bucket’ dengan ‘Shrimp
Poppers’ hanya boleh didapati dalam jangka masa waktu terhad.
Oleh itu jika anda ingin menikmatinya, singgahlah segera ke restoran KFC berhampiran. – KitaReporters.com
UDANG ranggup.