Video| Untung ibu terlebih rajin! Sediakan lauk frozen untuk sebulan! Tapi ada netizen tak puas hati!
Published byBeruntungnya sesiapa yang masih ada ibu bapa. Apatah lagi kalau ada ibu bapa yang masih mengambil berat terhadap anak-anak walaupun sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri.
Selagi mereka masih ada, ciptalah sebanyak mana kenangan-kenangan indah bersama.
Ibu mana yang tidak sayangkan anak. Ada sesetengah ibu, walaupun anak-anakya sudah berkeluarga, dia masih melayan anak-anaknya sama seperti kecil-kecil dahulu. Menunjukkan betapa sayangnya mereka terhadap anak-anak.
Itulah yang ingin disampaikan oleh seorang pengguna TikTok yang berkongsi momen indah bersama ibunya.
Menurutnya, ibunya telah menyediakan lauk sejuk beku (frozen) untuk bekalan selama sebulan. Padahal, dia sudahpun berumah tangga dan mempunyai anak. Namun, kasih sayang seorang ibu tiada batasnya.
Dalam video yang dikongsi, kelihatan dia sedang membuka peti sejuk dan menunjukkan bekas-bekas plastik berisi lauk yang telah disejukbekukan. Pelbagai jenis lauk yang telah disediakan oleh ibunya.
“Lauk untuk sebulan. Terima kasih ibu. Penuh peti sejuk dan ibu beli microwave juga untuk panaskan lauk ni semua,” tulisnya yang mengundang pelbagai reaksi netizen.
Kalau sudah namanya netizen, ada sahaja yang tidak berpuas hati. Orang lain yang dapat lauk frozen, dia pula yang panas. Maka pelbagai komen berbau cemburu dicoretkan dalam ruangan komen.
“Nasib aku pandai masak dan rajin nak masak sebab jenis perut aku tak makan makanan sejuk. Perut tak berapa okay,” tulis salah seorang netizen.
Manakala seorang lagi netizen kelihatan keliru antara baki lauk (lauk tak habis) dengan lauk yang baharu dimasak untuk disejukbekukan. Malah dengan berlagaknya mengatakan lauk yang tak habis biasanya dibuang dan tidak diulang makan.
“Sayangnya saya tak diajar makan lauk baki semalam. Biasa ibu akan buang kalau tak habis,” katanya.
Ada juga yang berkongsi tip untuk memastikan makanan sejuk beku sedap dimakan.
“Sayapun buat macam ni. Orang cakap makanan frozen tak sedap. Tapi makanan mama walaupun frozen tetap sedap weh. Terima kasih mama.
"Satu lagi mama ajar tip nak panaskan jangan guna microwave. Defroast dulu kemudian panas atas dapur,” ujarnya.
Dalam video kedua
pula sebagai jawapan kepada yang bertanya, dia berkongsi jenis-jenis lauk yang
telah disediakan oleh ibunya. Hampir 20 jenis lauk dan kebanyakannya masakan
Melayu.
“Ada lagi
beberapa menu tapi tak muat nak tulis,” katanya.
Namun dalam video kedua ini, kebanyakan komen daripada netizen kelihatan lebih positif.
“Bila ibu kau masak semua ni dik. Akak ni bercinta (berasa malas) duduk dapur lama-lama, tepu! Tabik ibu kau dik.
"Lantaklah orang kata makanan beku tak sedap ke ape ke. Yang penting ibu kau sayang kau dik,” tulis netizen yang memberikan kata-kata semangat.
Bagi penulis pula, tak salahpun kita sejuk bekukan makanan terutama bagi yang tiada masa kerana kesibukan. Cuma, pastikan guna teknik yang betul sekiranya mahu sejuk bekukan makanan agar tidak terjadinya pencemaran makanan.
Sedap atau tidak, ia bergantung kepada selera masing-masing. Penulis sendiripun sudah siapkan kuih yang disejukbekukan untuk bekalan pada Ramadan yang jatuh pada awal Mac 2025 ini. Mudah nak bersahur nanti! - KitaReporters
Lauk hendaklah disimpan di dalam bahagian pembeku bagi memastikan ia tahan lama dan tidak tercemar.