Bagi meraikan International French Fry Day (Hari French Fry Antarabangsa), McDonald’s Malaysia dan Menara KL berganding bahu menonjolkan paparan indah yang menerangi langit malam Kuala Lumpur dengan ‘French Fry Tertinggi di Malaysia’. 

Pada 13 Julai 2023, mulai 8.00 malam hingga 11.59 malam, Menara KL yang ikonik menjadi kanvas yang cukup sempurna, yang ditransformasi menjadi McDonald’s French Fry yang luar biasa besarnya, sekali gus menyatukan dua ikon yang cukup dekat di hati rakyat Malaysia.

Acara ini merupakan penghargaan kepada rakyat Malaysia tanpa mengira usia, dengan kecintaan mereka terhadap McDonald’s French Fries yang cukup digemari. 

Sambutan yang luar biasa ini secara langsung mengetengahkan bagaimana McDonald’s French Fries mampu mengumpulkan ramai orang, mengajak mereka berbual bersama dan menjadi antara hidangan yang sangat dicintai dan popular di restoran McDonald’s.



Kerjasama antara McDonald’s Malaysia dan Menara KL menjadi lebih istimewa dengan kehadiran ikon muzik Malaysia, Dato’ Sheila Majid, yang cukup dikenali sebagai ‘Ratu Jazz’, untuk memeriahkan sambutan ini. 

Sebagai wajah untuk acara ini, Sheila Majid yang telah mencipta nama di rantau ini dan membawa pengiktirafan kepada Malaysia, membantu meraikan dua ikon kesayangan rakyat Malaysia ini melalui bakat dan daya tarikan muzik beliau yang tiada tandingan, sekali gus mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

“Kami teruja dapat bekerjasama dengan Menara KL untuk sambutan yang cukup istimewa ini. Sambutan ini memberi kami peluang untuk meraikan kasih sayang yang berkekalan rakyat Malaysia terhadap McDonald’s French Fries, kebanggaan mereka terhadap Menara KL yang tidak tergoyahkan, dan daya tarikan Sheila Majid sebagai ikon muzik tanah air. 

"Acara pada malam ini merupakan penghormatan dan tanda terima kasih yang tidak terhingga kepada pelanggan setia kami. 

"Ini juga merupakan usaha kami mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan, melalui kegembiraan yang dibawa oleh ikon-ikon ini dalam kehidupan rakyat Malaysia,” kata Melati Abdul Hai, Naib Pengerusi dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia.



Sebagai pengiktirafan terhadap pendekatan kreatif dan unik untuk sambutan International French Fry Day, McDonald’s Malaysia juga direkodkan dalam Malaysian Book of Records untuk 'The Tallest French Fry in Malaysia.' 

Sijil Pencapaian telah disampaikan oleh Jwan Heah Yeow Hooi, Ketua Pegawai Pemasaran, Malaysian Book of Records kepada Melati semasa acara ini berlangsung.

“Pengiktirafan daripada Malaysian Book of Records secara langsung mengukuhkan lagi komitmen kami dalam mencari cara baharu dan kreatif untuk mendekati rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang. 

"Ia juga menonjolkan dedikasi McDonald’s, bukan sahaja dalam menyediakan makanan yang lazat, tetapi juga kenangan terindah atau ‘feel-good moments’ untuk pelanggan kami. 

"Ini tidak akan mampu tercapai tanpa sokongan berterusan daripada rakyat Malaysia,” tambah Melati. 

Selain paparan indah yang ditampilkan, McDonald’s juga memperkenal aktiviti menarik untuk para pelanggan mereka sempena sambutan ini. 

Sepanjang jam 8.00 malam hingga 11.59 malam pada 13 Julai 2023, sesiapa yang mengambil swafoto dengan ‘The Tallest French Fry in Malaysia’ layak menebus McDonald's French Fries bersaiz kecil secara percuma dengan setiap pembelian McValue Meal di mana-mana restoran McDonald’s di seluruh negara.

Bagi memeriahkan lagi sambutan ini, mulai 14 hingga 16 Julai 2023, pelanggan yang membeli mana-mana set McValue Meal bersaiz medium atau besar layak untuk pembelian McDonald's French Fries bersaiz kecil dengan harga hanya RM2. - KitaReporters/Kenyataan Media


17
9
0
9
0

Copy Link: